suria

Terpilih sertai Selangor Red Giants Esports, ramai anggap hanya gurauan... Hairul Azreen minta tunggu sidang media

Hairul enggan berkongsi lanjut mengenai penglibatannya dalam pasukan Red Giants.

NAMA pelakon Hairul Azreen menjadi bualan hangat selepas mengumumkan penyertaannya sebagai pemain profesional sukan e-sport mewakili pasukan Selangor Red Giants pada Rabu.

Mana tidaknya, rata-rata netizen menganggap pengumuman tersebut hanyalah gurauan untuk tujuan pemasaran pasukan berkenaan.

Malah, ada yang merasakan Hairul tidak layak menyertai suka tersebut memandangkan usianya sudah pun mencecah lewat 30-an.

Copy of Untitled - 2024-10-24T164610.843

Hairul berkongsi perkara itu menerusi hantaran di TikTok.

"Aku tak percaya sangat, sebab SRG mereka cari pemain umur muda. Kalau sebagai rakan perniagaan atau pemasaran mungkin boleh diterima," komen netizen.

Ditanya mengenai isu tersebut, Hairul atau Hairul Azreen Idris, 36, memaklumkan dia tidak dibenarkan untuk mendedahakan sebarang maklumat atas nasihat pihak pengurusan.

"Saya tak boleh umumkan apa-apa sebab kami akan buat sidang media mengenai perkara itu nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru sembuh kecederaan lutut, Hairul Azreen terpaksa tahan sakit otot lengan pula terkoyak

ARTIKEL BERKAITAN: Anak menangis mahu jumpa Lee Zii Jia... Hairul Azreen tunai permintaan bawa datang rumah

"Jadi saya tak boleh beritahu sama betul atau tidak atas arahan daripada pihak pengurusan," katanya Ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, Hairul memuat naik perkongsian di TikTok memaklumkan dia dipilih menyertai Selangor Red Giants Esports.

Bersyukur dengan peluang berkenaan, Hairul menjanjikan aksi terbaik pada kemunculannya sulungnya pada Februari tahun depan.

Copy of Untitled - 2024-10-24T165004.932

Hairul menjanjikan aksi terbaik pada kemunculan sulungnya pada Februari tahun depan.

"Alhamdulillah, selepas saya berhenti berlakon, sekarang saya dipilih menjadi pro player pasukan team merah kuning iaitu Selangor Red Giants Esports.

"Saya sebagai mid lane player, simpanan. Saya akan lakukan yang terbaik. Jumpa pada Februari 2025 nanti," ujarnya.

Dalam pada itu, Hairul turut meluahkan rasa bangga apabila dapat kembali menyarung jersi pasukan Selangor selepas kali terakhir mewakili negeri itu dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) menerusi acara Taekwando pada 2004.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain