KUMPULAN The Gadys memberitahu tidak mudah untuk menambat hati pendengar meskipun sudah dua tahun bergiat aktif dalam industri muzik. Salah seorang anggotanya iaitu Aznie Azmi berkata punca perkara tersebut berlaku kerana mereka masih belum menemui karya mahupun genre menepati cita rasa peminat. "Sebenarnya walaupun sudah dua tahun kami aktif hasilkan lagu tetapi kami masih tak dapat nak mencari tempat di hati pendengar dan juga hati The Gadys sendiri. The Gadys dianggotai oleh Aznie, Thamiera dan Ayunie. "Kami masih tak boleh nak tetapkan apa genre sebenar The Gadys sebab itu kami akan sentiasa nak mencuba pelbagai jenis genre lagi," katanya kepada mStar. Selain Aznie, The Gadys turut dianggotai oleh Ayunie Rizal dan Thamiera. Tidak menjadikan ia sebagai halangan sebaliknya The Gadys mengambil peluang tersebut untuk mendalami pelbagai genre muzik semasa. ARTIKEL BERKAITAN: The Gadys sokong Thamiera sertai ‘Famili Duo 4’, masa untuk buktikan ada bakat menyanyi ARTIKEL BERKAITAN: Muncul lagu tema hari raya kedua, The Gadys harap ‘Cuti Raya’ kekal evergreen Jelasnya, mereka tidak mahu hanya dikenali dengan satu genre sahaja bahkah sedia bereksperimentasi untuk mencari tempat di hati peminat. "Kami tak takut kalau percubaan itu kurang berjaya. Selagi tak jumpa genre yang terbaik untuk kami, selagi itu kami tak akan menyerah. "Kami akan terus bereksperimentasi dan mungkin dengan cara itu boleh menjadikan kami lebih versatil sebagai artis," ujarnya. Kami masih tak boleh nak tetapkan apa genre sebenar The Gadys. AZNIE AZMI ANGGOTA THE GADYS Tidak mahu lagi dikenali dengan kontroversi lalu, Aznie menjelaskan fokus utama kumpulannya adalah untuk menghasilkan karya yang terbaik buat peminat. "Kami akui kotroversi dulu sedikit sebanyak membantu kami menaikkan nama, tetapi fokus kami sekarang untuk menghasilkan karya baharu kepada peminat sahaja. "Tetapi kalau sudah ditakdirkan berdepan kontroversi itu, kami terpaksa hadap sajalah. Selagi boleh elak, kami usaha untuk elak," jelasnya. The Gadys hadir memeriahkan acara mStar Birthday Splash di Taman Tema Sunway Lagoon. Dalam perkembagan lain, The Gadys merupakan antara lima selebriti popular yang memeriahkan acara mStar Birthday Splash yang berlangsung di Taman Tema Sunway Lagoon pada 19 Oktober lalu. Lebih menarik, The Gadys mengambil peluang beramah mesra secara dekat dengan kira-kira 100 pembaca bertuah menerusi aktiviti permainan Amazing Race. The Gadys turut menyampaikan lagu nyanyian bapanya iaitu Datuk Jamal Abdillah berjudul Gadis Melayu dengan ditemani dua orang pemabaca setia mStar menari di atas pentas. Selain The Gadys, mStar Birthday Splash turut dihangatkan dengan kehadiaran Aisha Retno, Ismail Izzani, Zaki Yamani dan Ryan Bakery. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!