suria

The Gadys sokong Thamiera sertai ‘Famili Duo 4’, masa untuk buktikan ada bakat menyanyi

ANGGOTA kumpulan The Gadys iaitu Ayunie Rizal dan Aznie Azmi memberi sokongan penuh terhadap ahlinya iaitu Thamiera yang kini memasuki rancangan nyanyian Famili Duo musim ke-4.

Kata Aznie, ini adalah peluang terbaik bagi Thamiera untuk membuktikan bakat sebenarnya memandangkan sebelum ini pernah dikecam teruk akibat sumbang ketika membawa lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia.

“Salah seorang daripada kami (Thamiera) masuk Famili Duo. Kami tidak berpecah, tetapi kami memberikan peluang kepada dia untuk buktikan yang ‘Fujiyama’ bukanlah satu kecaman, dan mahu dia buktikan bakat dia. Inilah masa yang tepat,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, The Gadys bakal melancarkan lagu baharu yang dikatakan nafas baharu buat kumpulan tersebut pada awal November.

Malah, Aznie turut memberitahu bahawa lagu tersebut bukan sahaja dalam Bahasa Melayu, malah turut juga mempunyai juga Bahasa Inggeris.

“Lagu kami sudah siap cuma sekarang ini dalam proses untuk siapkan muzik video dan bakal dilancarkan pada 2 November ini. Lagu tersebut adalah nafas baharu The Gadys kerana genre yang berlainan. Malah ia juga bukan sahaja dalam Bahasa Melayu,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi