suria

Diminta sertai program realiti, Akim Ahmad takut menangis tak mampu hadap tekanan

PENYANYI Akim Ahmad menyatakan dia tidak terfikir untuk memasuki sebarang program realiti nyanyian televisyen kerana belum bersedia untuk beraksi di pentas pertandingan.

Akim atau nama sebenar Afiq Hakim Ahmad, 33, berkata dia sukar untuk menyesuaikan nyanyian seperti dikehendaki oleh juri.

“Benda tu susah tau apa yang Stacy buat tu susah, dia menuntut kita untuk bagi extra.

”Suara nak kena tune sikit, nak kene bermain dengan perasaan orang, saya ni susah lah, nak fleksibel tu susah sikit, Stacy fleksibel orangnya,” katanya kepada mStar.

Meskipun bakatnya dicungkil menerusi program realiti nyanyian, Akim mengakui dia tidak mampu untuk menempuhi bebanan yang sama lagi.

“Saya memang pernah melalui fasa program realiti tapi untuk saya melalui proses itu lagi, itu satu bebanan untuk saya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain Akim & The Majistret akan membuat persembahan di konsert Destiny of Music 2.0 bersama Kugiran Masdo, Empty Page Dan Insomniacks pada 15 November depan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, Selangor.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi