suria

Shikin terkejut dapat berita Emma Maembong cerai, puji adik dan bekas suami masih jaga hubungan baik

ISTERI kepada penyanyi Cat Farish iaitu Shikin Maembong mengakui terkejut apabila mengetahui adik iaitu Emma Maembong membuat keputusan untuk bercerai.

Berkongsi mengenai perkara itu, Shikin, 41, berkata dia menasihati Emma untuk tidak bermusuhan dengan bekas suami iaitu Muhammad Shazli dan meneruskan hubungan baik demi anak-anak.

“Kami agak terkejut juga bila dapat tahu berita ini sebabnya Emma tak ada cakap apa-apa kemudian dapat tahu mereka bercerai setelah berita tersebut tersebar di media sosial.

“Sebagai kakak memang ada dia berborak dengan saya dan waktu tu pun nampak dia macam okay saja cumanya tak ada pula berbincang mengenai topik ni tapi tak tahu pula sampai macam ni kan.

“Saya ada juga hubungi dia selepas berita tu tersebar tanya khabar dan nasihat untuk tidak bermusuhan dengan suami demi anak-anak mereka,” kata Shikin Maembong kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi