suria

Hisyam Hamid belum terbuka hati untuk kahwin lagi, elak gosip mahu jaga hati anak-anak

PELAKON Hisyam Hamid masih belum terbuka hati untuk menerima mana-mana wanita sebagai teman hidup selepas mengumumkan perceraiannya bersama bekas isteri iaitu Rosmawati Hanafi pada Mei lalu.

Kata Hisyam, 39, dia kini mahu memberikan fokus sepenuhnya terhadap karier seni selain menjaga dua anaknya iaitu Nurish Syameliah dan Haydeen serta ibunya.

Malah aktor ini juga menjelaskan dia kini sedang berhati-hati untuk bergaul dengan mana-mana wanita kerana tidak mahu disalah erti oleh sesetengah pihak.

“Kehidupan peribadi saya okay. Sekarang ini saya kerja dan cukup masa saya bawa keluarga pergi bercuti. Mereka pun di bawah tanggungan dan jagaan saya, jadi saya hanya fokus kepada mereka sahaja dan beri apa yang diperlukan.

“Sekarang ini semua benda senang sangat nak dijadikan cerita. Kalau saya cakap dengan mana-mana wanita, kena gosip. Rasa ‘annoying’ pula. Jadi saya sekarang kena berhati-hati sebab tidak mahu ada gosip. Saya pun tidak ke arah itu (berkahwin) lagi.

“Ada yang gosipkan saya dan yang paling seronok di media sosial ada komen kata saya tidak duda lagi sebab sudah berkahwin dengan orang biasa-biasa,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, ditanya mengenai gelaran ‘duda hot’, Hisyam menganggap itu sebagai satu pujian terhadapnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi