suria

[V] Hampir 30 tahun bergelar pelakon, Rita Rudaini menggigil akhirnya genggam trofi ABPBH36... Kemenangan rezeki anak-anak

HAMPIR tiga dekad bergelar pelakon, Rita Rudaini menggigil saat namanya diumumkan sebagai pemenang kategori Aktres Pembantu TV Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36) pada malam Jumaat.

Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 48, menyifatkan kemenangan tersebut sebagai menumpang rezeki dua anak lelakinya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13 tahun.

"Syukur Alhamdulillah, rezeki buat saya selepas hampir tiga dekad berkecimpung dalam industri seni.

"Saya percaya kemenangan ini adalah kerana rezeki saya bawa dua anak lelaki saya pada hari ini (semalam).

size NP 1 - 2024-10-12T110246.341

Rita pertama kali memenangi anugerah sepanjang karier sebagai pelakon.

"Memang menggigil juga apabila diumumkan sebagai pemenang," katanya kepada mStar.

Rita berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media ABPBH36 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor.

Pernah tujuh kali tercalon di anugerah tersebut, Rita berjaya mengetepikan empat calon lain dalam kategori Aktres Pembantu TV Popular iaitu Alya Iman, Amyza Aznan, Bella Hanna dan Puteri Sarah Liyana.

Tidak pernah mengharapkan sebarang pengiktirafan, Rita sebaliknya menganggap anugerah adalah bonus dalam karier seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Insurans anak sudah luput 13 tahun, ada sebab Rita Rudaini gagal beli polisi baharu... Bayar sendiri rawatan Rayyan patah tangan

ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini luah rasa bangga, anak sulung pecah 2 rekod Kejohanan Olahraga MSSD

Malah aktres itu seakan-akan tidak percaya namanya masih diingati peminat sehingga ramai mengundinya.

"Secara peribadi lakonan itu memang jiwa saya jadi saya okay sahaja kalau tak menang apa-apa. Tetapi, kemenangan ini adalah satu bonus untuk saya.

"Cuma saya paling takut kalau orang sudah lupakan saya tapi Alhamdulillah, ramai masih lagi kenal saya sampai sekarang," ujarnya.

Sementara itu, Rita tidak menafikan kontroversi mengenai hal peribadi sedikit sebanyak membantu menaikkan nama dan mempengaruhi kemenangannya.

size NP 1 - 2024-10-12T110353.865

Rita anggap pengiktirafan diterima sebagai menumpang rezeki dua orang anaknya.

"Sebenarnya saya pelik juga bila setiap kali memuat naik status di Instagram saja akan meletup! Jadi tajuk media. Saya nak juga bercakap dan buat status macam orang lain.

"Kadang-kadang ada juga rasa nak menyepi tapi nanti rasa macam tak meriah pula media sosial. Cuma itulah, janganlah putar belit kenyataan saya," katanya.

Untuk rekod, Rita pertama kali menceburi bidang seni dengan menjadi model muzik video penyanyi Rem pada 1997.

Kemudian Rita menyertai pertandingan Dewi Remaja 98/99 namun tewas kepada penyanyi Juliana Banos.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain