suria

Dalam drama ada watak penyondol... Mira Filzah tak bimbang, anggap kerjaya lakonan itu ibadah

Mira memasang niat berlakon hanya untuk mencari rezeki.

BAKAL membintangi drama berjudul Curang Tanpa Niat, pelakon Mira Filzah tidak berasa bimbang meskipun perlu terlibat dalam naskhah yang mengangkat isu masalah rumah tangga.

Walaupun tidak membawa watak berkenaan, Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 31, berkata, dia hanya menunaikan tanggungjawab sebagai pelakon dan lakonan itu tidak sama sekali tidak memberi impak dalam kehidupan peribadinya.

"Dalam semua drama sebenarnya ada watak penyondol atau orang ketiga, kebetulan sahaja tajuk drama saya menggunakan perkataan curang.

mira2 - 1

Mira enggan mengulas lanjut berkenaan isu orang ketiga.

"Nak kata takut itu tidaklah, apa yang saya berlakon itu semuanya sebahagian daripada kerja.

"Ia adalah tanggungjawab saya sebagai pelakon dan kerja itu juga adalah sebahagian daripada ibadah," katanya kepada mStar.

Mira bergandingan bersama pelakon Shukri Yahya dalam drama berkenaan yang kini sedang menjalani penggambaran dan bakal ditayangkan di slot Mega Drama Astro Ria bermula Disember ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Rasa nikmat dapat solat tahajud di Masjidil Haram, umrah Mira Filzah bertambah manis bersama suami dan anak

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pun kadang-kadang tertinggal” - Mira Filzah kongsi tip jaga solat, usaha perbaiki diri paling penting

Bercakap soal isu orang ketiga yang sering dipaparkan dalam drama, Mira mengambil pendekatan untuk tidak memberi sebarang komen berkenaan situasi tersebut.

Kongsi Mira, jika ditanya kepada mana-mana wanita sudah tentu tidak ada individu yang mahu hubungan mereka diganggu oleh orang ketiga.

"Kebanyakan drama yang saya lakonkan sebelum ini pun ada kisah tentang orang ketiga. Contohnya drama Pujaan Hati Kanda, Cinta Si Wedding Planner semua ada orang ketiga.

Nak kata takut itu tidaklah, apa yang saya berlakon itu semuanya sebahagian daripada kerja.

MIRA FILZAH

PELAKON

"Tapi saya sebenarnya tidak mahu komen tentang isu penyondol ini. Saya percaya semua wanita akan takut sekiranya rumah tangga mereka diganggu oleh orang ketiga," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mira bakal muncul dengan drama terbaharu iaitu Hikayat Bawah Putih Bawang Merah yang akan ditayangkan di Astro Ceria bermula 21 Oktober ini.

Memegang peranan sebagai Putih, aktres berkenaan tidak menafikan dia sering kali diberikan protagonis berbanding antagonis.

mira1 - 1

Mira bakal muncul menerusi drama Hikayat Bawang Putih Bawang Merah.

Tambahnya, imej berhijab yang dibawa memberikan sedikit limitasi dalam memilih watak mengikut kesesuaian.

"Sebelum ini saya pernah sahaja melakonkan watak-watak antagonis tetapi tidak banyaklah. Mungkin penerimaan watak lakonan antagonis saya biasa-biasa sahaja, jadi mungkin kerana itu saya sering diberi watak baik.

"Saya ada beberapa limitiasi juga kerana saya kan bertudung, jadi kena mengikut kesesuaian watak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain