suria

Senario sepakat serah trofi ‘Artis Komedi Popular’ kepada keluarga arwah Hamdan

Senario sepakat beri trofi kemenangan kepada keluarga Allahyarham Hamdan.

SELEPAS dipilih sebagai pemenang Artis Komedi Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36, kumpulan Senario sepakat menyerahkan trofi tersebut kepada keluarga rakan seperjuangan mereka iaitu Allahyarham Hamdan.

Anggota Senario iaitu Saiful Apek atau Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 55, berkata, sejak awal mereka sudah berniat mahu memberikannya kepada waris arwah sekiranya menang.

“Kami sudah dapat agak memang akan ada satu sahaja trofi.

NP-252

Senario sepakar serah trofi kepada keluarga Allahyarham Hamdan.

“Dengan persetujuan sahabat lain memang nak hadiahkan trofi kepada waris Allahyarham Hamdan,” katanya kepada mStar.

Apek berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media malam kemuncak ABPBH36 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada malam Jumaat.

Senario mengetepikan saingan empat calon lain bagi kategori berkenaan iaitu Bell Ngasri, Jep Sepahtu, Joey Daud dan Sabri Yunus.

ARTIKEL BERKAITAN: Lincah di atas pentas bersama Senario, rupanya Lan Pet Pet ditahan di zon merah sebelum persembahan... Doktor syak 4 saluran jantung tersumbat

ARTIKEL BERKAITAN: Hamdan Senario meninggal dunia

Dalam pada itu, Azlee memberitahu sebelum seluruh ahli Senario ‘menutup mata’, mereka memasang impian untuk bergelar sebuah kumpulan komedi legenda.

“Apa yang Senario impikan sebelum kami semua ‘pergi’ adalah menjadi sebuah kumpulan legenda dalam industri hiburan tanah air,” ujarnya.

Sementara itu, Yasin berkongsi berita gembira apabila pada penghujung bulan ini dia bersama Azlee akan berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan Umrah.

NP-253

Arwah Hamdan meninggal dunia pada 5 Januari lalu.

“Saya bersama Azlee akan bersama-sama tunaikan umrah pada 25 Oktober ini insya-Allah,” jelasnya.

Selain Apek, Yasin, Azlee dan arwah Hamdan, Senario dianggotai Pak Ya, Wahid dan Lan Pet Pet.

Untuk rekod Allahyarham Hamdan Ramli meninggal dunia pada 5 Januari lalu akibat jangkitan kuman dalam darah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain