PENYANYI Hasif Upin meluahkan rasa kecewa terhadap syarikat pengurusan iaitu Armani Entertainment selepas mendakwa dilayan tidak adil dalam menguruskan karier seninya. Antara perkara membuatkan Hasif berkecil hati apabila pihak berkenaan seolah-olah mengambil mudah dalam kerja-kerja promosi sebagai salah seorang calon Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36) yang berlangsung pada malam Jumaat. Malah kata Hasif atau Muhammad Hasif Sharuddin, 32, syarikat itu juga lebih mementingkan artis lain dan melihat perkara itu sebagai berat sebelah. Hasif anggap diri diberi layanan tidak adil oleh pengurusan. "Syarikat tak beri peluang untuk 'push' nama saya sebagai calon ABPBH36 sedangkan yang banyak promosi adalah pengurus saya sendiri. "Pengurus saya tidak bekerja dengan syarikat tersebut tetapi dimarah sebab terlalu 'push' nama saya," katanya ketika dihubungi mStar. Untuk rekod Hasif tercalon dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular bersama Danial Kifli, Izuan Razali, Putera Muhammad dan Shah Radhy. ARTIKEL BERKAITAN: Hasif Upin hilang sabar, dedah rakan artis jaja cerita buruk ARTIKEL BERKAITAN: Hasif Upin tak melatah lakonan gagal beri impak, anggap proses belajar Lebih menyedihkan lagi, pihak syarikat juga tiada perancangan melancarkan lagu baharunya dalam masa terdekat sebagai langkah mengembangkan kariernya sebagai penyanyi. Tidak cukup dengan itu, Hasif juga berdepan dengan isu kewangan kerana jarang menerima tawaran menyanyi daripada pihak pengurusan. "Mereka buat saya macam sampah. Job terakhir yang mereka berikan adalah pada Jun lalu dan saya terima bayaran hanya RM600 sahaja. Itulah duit untuk saya bertahan. Lagu baru pun mereka tak nak keluarkan HASIF UPIN PENYANYI "Mereka juga tidak mahu mengeluarkan modal untuk saya buat content di sosial media atas alasan sudah tidak FPY. "Lagu baru pun mereka tak nak keluarkan," ujarnya. Hasif mahu jalan penyelesaian terbaik bersama syarikat pengurusan. Tambah penyanyi ini ada pelbagai isu berbangkit mahu diluahkan namun menunggu masa sesuai untuk dikongsi kepada umum. Dalam masa sama dia juga bagaikan tersepit kerana masih terikat dengan kontrak yang ditandatangi sejak 2021. "Ada syarikat lain yang beri tawaran kontrak, tapi saya tak boleh terima sebab masih di bawah Armani," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!