suria

Dianggap lebih layak, Syafiq Kyle gembira Aedy Ashraf menang trofi ‘Aktor Filem Popular’

Syafiq bangga dengan pencapaian Aedy.

PELAKON Syafiq Kyle tumpang gembira dengan kemenangan Aedy Ashraf menerusi kategori Aktor Filem Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36) walaupun ada menganggap dia lebih layak.

Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 32, berkata, Aedy layak memenangi trofi tersebut apatah lagi pelakon itu sudah menceburi bidang lakonan sejak 24 tahun lalu.

“Alhamdulillah saya gembira untuk Aedy dan anugerah itu memang sepatutnya untuk dia.

syafiq 2

Syafiq tetap bersyukur tercalon ABPBH36.

“Tercalon dalam Top 5 pun saya sudah bersyukur. Lagipun saya tak mahu industri kita ini ada perkara negatif macam ‘rampas’ kemenangan, tiada maknanya,” katanya kepada mStar.

Syafiq berkongsi perkara itu ketika ditemui di lawatan media ke set penggambaran drama One Cent Thief 2 di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Kuala Lumpur pada petang Sabtu.

Dalam pada itu, Syafiq berkata, dia menerima dengan hati terbuka apabila tidak memenangi trofi kategori tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini kali pertama Aedy Ashraf menang anugerah selepas 24 tahun jadi artis, pesan pelakon muda jangan berhenti berangan

ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq Kyle kongsi pengalaman jalani latihan bersama komando VAT69, dapat jumpa pejuang Lahad Datu

Kata Syafiq, semua yang bertanding juga adalah rakan-rakannya dan soal kemenangan terletak kepada rezeki.

“Ini adalah rezeki dan calon-calon lain pun semuanya rakan-rakan saya juga.

“Jika ada netizen rasa trofi itu dirampas daripada saya, rasanya tidak. Nak rampas apa sebab saya tak menang pun,” ujarnya.

Dahulu P. Ramlee menang anugerah banyak tapi rata-rata masyarakat hanya ingat filem yang beliau hasilkan

SYAFIQ KYLE

PELAKON

Selain Syafiq serta Aedy, pelakon lain yang tercalon bagi Aktor Filem Popular adalah Pekin Ibrahim, Bell Ngasri dan Kamal Adli.

Sementara itu, Syafiq menganggap anugerah diberikan kepada pelakon sekadar bonus, sebaliknya karya dihasilkan lebih penting berbanding pengiktirafan.

“Trofi ni sekadar melambangkan sesuatu pengiktirafan sahaja.

syafiq 3

Antara babak Syafiq dalam One Cent Thief 2.

“Dahulu P. Ramlee menang anugerah banyak tapi rata-rata masyarakat hanya ingat filem yang beliau hasilkan.

“Pada saya karya itu lebih penting daripada anugerah,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Syafiq bakal muncul dengan drama One Cent Thief 2 sebanyak lapan episod.

Selain Syafiq, pelakon lain yang turut membintangi drama berkenaan ialah pelakon Azira Shafinaz, Faizal Hussein, Datin Sofea Jane, Trisha Ooi dan Syarul Ezani.

Drama berkenaan dijangka menemui penonton pada Januari 2025 menerusi platform digital Astro Go, On Demand dan Astro Premier.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain