suria

Insomniacks buat lagu ikut suka, syukur selalu bernasib baik

KUMPULAN Insomniacks memberitahu mereka menghasilkan lagu berdasarkan apa yang mereka minati dan yakin karya tersebut akan mencari peminatnya sendiri.

Vokalis kumpulan itu iaitu Syed Mir Iqbal, 27, berkata segala kejayaan mereka hari ini kerana nasib baik dan waktu yang tepat.

“Kami buat lagu pun tak fikir sangat tentang demografi untuk tarik lebih ramai peminat, kami buat lagu yang kami suka dan lagu itu akan cari peminatnya sendiri.

“Nasib yang baik, kami bertuah sebab bila kami keluarkan lagu ia seolah-olah berada pada waktu yang tepat, masa kami keluarkan lagu Pulang semua radio pick up dan masa itu pula musim konvokesyen dan semua terus memutarkan lagu di mana-mana dan itu penyebab nama kami naik,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu mereka berpegang kepada prinsip sentiasa merendah diri dan menjauhkan diri daripada rasa riyak atas kejayaan dicapai.

“Kami akan nampak sesama sendiri lah kalau ada tanda-tanda yang menunjukkan kurang humble kami akan tegur sesama sendiri,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi