suria

Masdo tak sangka tercalon anugerah MTV, bersaing artis popular antarabangsa ada jutaan pengikut

KUMPULAN Masdo menyatakan rasa keterujaan apabila mereka tercalon dalam kategori Artis Asia Terbaik di anugerah MTV EMA 2024.

Vokalis kumpulan itu iaitu Ali Sariah, 32, berkata mereka tidak menyangka dapat tercalon dalam anugerah itu dan ia merupakan satu penghargaan yang bermakna bagi mereka.

“Itulah tak sangka juga, tahun ini kami dapat tercalon sebab kami akan bersaing dengan artis-artis luar negara, dapat tercalon ini pun bagi kami dah cukup baik.

“Itu mungkin rezeki kami, Alhamdulillah usaha kami dipandang kami mohon orang ramai undi kami,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Masdo menyifatkan usaha mereka untuk memperkenalkan nama Malaysia di dunia merupakan salah satu faktor pencalonan mereka di anugerah tersebut.

“Semestinya, susah payah kami berbaloi apabila kami diangkat sebegitu, tak sangkalah usaha kami untuk memperkenalkan nama Malaysia menjadi salah satu faktor kami tercalon dalam anugerah itu,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi