HADIAH telefon iPhone 16 Pro Max adalah bukti rasa bangga aktor Keith Foo terhadap pencapaian teman wanitanya yang juga pelakon Riena Diana. Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, berkata, dia langsung tidak menyangka akan menerima hadiah tersebut namun tetap berterima kasih atas penghargaan terhadap pencapaiannya terbabit dalam pementasan teater Andak Bertandak Ogos lalu. "Kebetulan dia telefon dan ajak makan tengah hari, saya memang tak fikir apa-apa pun masa tu... Selepas makan barulah dia kejutkan saya dengan hadiah tersebut. Riena mengakui teruja menerima hadiah iPhone berkenaan. "Dia cakap hadiah itu sempena pencapaian saya dan dia juga bangga dengan saya. "Sebelum berlakon teater itu, saya ada beritahu tak mahu buat tapi Keith yang pujuk saya untuk terbabit dalam teater berkenaan," katanya kepada mStar. Riena berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media drama bersiri Salju Rindu Di Bumi Auckland yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama pada Rabu. Dalam pada itu, Riena menyifatkan hadiah berkenaan mempunyai makna besar buat dirinya apatah lagi Keith individu yang mengetahui kepayahan dilalui sepanjang bergelar anak seni. ARTIKEL BERKAITAN: Riena Diana hampir menangis sebab terharu, Keith Foo buat kejutan beri hadiah iPhone 16 Pro Max ARTIKEL BERKAITAN: [V] Keith Foo suka dengar ceramah agama di YouTube, Riena Diana tak mahu bagi tekanan Secara berseloroh, Riena memberitahu telefon baharunya itu akan menjadi sumber kekuatan bagi mengacarakan Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36) pada 11 Oktober ini. “Dia saja yang tahu macam mana takutnya saya untuk berdepan ramai orang. Di depan mungkin nampak karakter saya periang tapi dibelakang saya pernah menangis sebab kurang keyakinan diri. “Jadi dia cakap hadiah untuk beri saya semangat mengacarakan pentas ABPBH nanti. Telefon ini akan bagi kekuatan saya kat atas pentas nanti,” kongsinya. Dia cakap hadiah itu sempena pencapaian saya dan dia juga bangga dengan saya. RIENA DIANA PELAKON Sebelum ini, Riena berkongsi video di laman TikTok memaparkan dirinya teruja menerima hadiah tersebut sambil membuka kotak iPhone berkenaan di dalam kereta. Sedar video itu menerima pelangai reaksi dalam kalangan netizen, Riena mengakui sedikit gerun membaca kata-kata kecaman dilemparkan sehingga ada tergamak mendoakan perkara buruk. Justeru itu, pelakon itu terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak mahu terlalu mempamerkan kebahagiaan di media sosial. “Sebelum ini saya rajin post video dengan Keith tapi sekarang dah kurangkan. Keith pun sama sebab kami nak elak penyakit ain. Riena tampil membintangi drama bersiri original Salju Rindu Di Bumi Auckland. “Saya pun tahu kesihatan mental tak sentiasa baik, bila baca komen buruk-buruk itu rasa geram saja tangan ini nak menjawab komen-komen tersebut,” jelasnya. Dalam perkembangan lain, Riena dan Keith membintangi drama bersiri oringinal Tonton berjudul Salju Rindu Di Bumi Auckland yang sudah pun ditayangkan pada 16 September lalu. Sejak tayangannya, drama ini berjaya menduduki tempat pertama di platform Tonton selama dua minggu berturut-turut sekali gus menjadikannya pilihan utama penonton. Malah, drama ini turut mendapat sambutan luar biasa di media sosial apabila meraih 30 juta capaian setakat 10 episod dalam tiga minggu. Selain mereka berdua, Salju Rindu Di Bumi Auckland ini turut dibintangi oleh Emelda Rosemila, Nabil Aqil, Shamsul Ghau Ghau dan Kodi Rasheed. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!