suria

Syamel dan Ernie Zakri tiada rahsia, saling kongsi cerita elak timbul salah faham

Syamel pentingkan komunikasi untuk menjaga hubungan rumah tangga dengan Ernie.

BERKONGSI cerita dan tidak menyimpan rahsia cara pasangan penyanyi Syamel dan Ernie Zakri mengekalkan kerukunan rumah tangga yang dibina sejak tiga tahun lalu.

Syamel atau Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 31, berkata, cara itu diterapkan dalam usaha mengelak ‘termakan’ apa-apa cerita daripada pihak lain memandangkan mereka dalam industri sama.

“Kami kena kongsi semuanya sebab kalau tak cakap, kami ini dalam industri sama... Risau pula dengar cerita daripada orang lain. Jadi lebih baik share semuanya.

size NP 1 - 2024-10-06T170257.917

Syamel tidak ada rahsia dengan Ernie.

“Sekarang ini banyak benda berlaku terhadap pasangan selebriti dan itu membuatkan kami sentiasa berhati-hati dan menjaga perasaan pasangan dengan lebih baik,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Syamel memberitahu komunikasi perkara paling utama dalam menjaga keharmonian sesebuah perkahwinan.

Tambah penyanyi Hamba Cinta itu, dia dan Ernie biasanya akan duduk berbincang sekiranya timbul sesuatu isu dalam usaha mengelak salah faham di antara mereka.

"Komunikasi itu penting, jadi kami sentiasa berkomunikasi dengan duduk bersama dan berbincang.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamel layan kehendak Ernie Zakri suka menyanyi di rumah, lain macam penangan orang mengandung - “Kami dah macam buat konsert”

ARTIKEL BERKAITAN: Comelnya... Terhibur tengok telatah anak Syamel, tak senang duduk dengar ucapan Aziz Harun

“Kami kena saling memahami sebab kerja sebagai penyanyi nampak sama tapi ada perbezaan.

“Salah satunya adalah dari segi perbezaan peminat, jadi banyak benda kami duduk bersama dan berbincang supaya tiada salah faham,” jelasnya.

Untuk rekod, Syamel dan Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, mendirikan rumah tangga pada 22 Mac 2021.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Khawla Soleha yang kini berusia dua tahun.

size NP 1 - 2024-10-06T170143.173

Syamel dan Ernie sentiasa berkomunikasi bagi mengelak perselisihan faham.

Dalam perkembangan lain, Syamel antara artis yang bakal membuat persembahan di Futureland Festival di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 23 November depan.

Selain Syamel, antara penyanyi lain yang turut terlibat ialah Hujan, Bunkface, Kugiran Masdo, Aina Abdul, Zynakal, Tuju, Zynakal, Fimie Don, Amsyar Lee dan ramai lagi.

Tiket Futureland Festival boleh dibeli menerusi laman sesawang ticketmelon.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain