suria

Pekerja ‘songlap’ duit jual kek, Azza Elite kesal layanan baik dibalas mencuri

Azza mendedahkan pekerjanya mencuri wang jualan kek.

PELAKON dan penyanyi Azza Elite kesal dengan tindakan pekerjanya mencuri wang hasil jualan kek coklat yang diusahakan.

Terkilan amanah itu dikhianati, Azza atau Noor Azzarima Zawari, 47, berkata dia sama sekali tidak menyangka pekerjanya itu tergamak melakukan perbuatan tersebut.

"Sampai hati dia (pekerja). Saya bukan main baik dengan dia, sekali dia ambil duit saya. Pekerja lain cakap saya tenang sahaja tetapi tidak sebenarnya. Saya menangis juga.

"Mereka semua tak tahu sebab saya tak tunjuk. Saya menangis sebab takut mak tanya sebab mak lagi penting dari duit itu.

Azza kecewa pekerja tidak bertanggungjawab mencuri wang hasil jualan kek.

Azza kecewa pekerja tidak bertanggungjawab mencuri wang hasil jualan kek.

"Kalau mak bising habislah saya. Macam mana saya tak perasan. Pekerja saya ini pijak semut pun tak mati," katanya.

Azza berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Selasa.

Dalam pada itu, Azza mendedahkan pekerja tersebut sudah melakukan perbuatan mencuri itu selama tiga bulan tanpa dia sedari.

Kata Azza, pekerja itu menukarkan kod QR (quick response) kepada akaun bank peribadinya dan tidak menyerahkan jumlah bayaran sebenar kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau berlembut, orang pijak kepala kita” - Pemilik butik langsai hutang selepas Azza Elite buat laporan polis

ARTIKEL BERKAITAN: “Sampai hati... bapa saya baru meninggal” - Azza Elite kena maki dengan Azwan Ali gara-gara lambat serah tempahan sejadah

"Tiga bulan rupanya dia buat kerja (mencuri). Saya ini sudah sehabis bijak untuk elak kena tipu sebab dalam hidup hanya orang tipu tak bayar duit show sekali dan sekali dua orang tak bayar duit kek mungkin sebab lupa.

"Tapi paling banyak inilah, macam mana dia (pekerja) boleh ambil duit saya. Pekerja saya sendiri.

"Saya rasa tertekan betul dengan sikap dia. Bekerja di depan komputer ambil tempahan dan tukar QR (cara bayaran) ambil duit dari personal shopper tapi duit tak sampai dekat saya," ujarnya.

Azza bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah wang yang diseleweng oleh pekerja berkenaan dan memberitahu dia belum membuat laporan kepada pihak polis.

Azza kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab pekerjanya.

Azza kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab pekerjanya.

Tambahnya lagi, dia menasihati peniaga lain untuk lebih berhati-hati terutamanya dalam urusan pembayaran wang yang diterima daripada pelanggan.

"Ada yang tanya dah buat laporan polis atau tidak, saya tidak mahu komen nak tunggu lagi 14 hari.

"Berapa banyak yang dia ambil, banyak jugalah tapi tak banyak sangat. Cuma bagi saya yang meniaga secara kecil-kecilan ini kira banyaklah," jelasnya.

"Untuk orang yang berniaga macam saya, pastikan cara bayaran QR itu betul. Hasil jualan mesti sama dengan duit yang pelanggan bayar," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain