suria

Selepas 14 tahun menanti, konsert sulung Drama Band ‘full house’... Pukau penonton menerusi persembahan aksi lasak

Drama Band pamer aksi 'stunt' memukau sepanjang empat jam konsert.

IMPIAN peminat mahu menyaksikan Drama Band mengadakan persembahan di atas pentas besar tercapai apabila kumpulan itu tampil dengan konsert sulung The Hardest Malam Drama pada malam Sabtu lalu.

Konsert yang berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur itu dibanjiri dengan kehadiran hampir 2,000 peminat yang rata-rata teruja untuk melihat kumpulan berkenaan.

“Konsert sulung Drama Band ini merupakan mimpi kami yang berjaya menjadi kenyataan, setelah 14 tahun usia Drama Band. Sangat teruja, konsert kami ‘full house’!" kata Drama Band.

Copy of Untitled - 2024-10-08T123233.835

Aksi 'stunt' yang ditampilkan diinspirasikan dari program The Hardest Singing Show,

Kumpulan tersebut dianggotai oleh Aepul Roza (vokalis), Daus (gitar bes), Adib (gitaris), Padel (gitaris), Syahmir (keyboard) dan Faeez (Drum).

Sebelum Drama Band tampil di atas pentas, penyanyi Sharul Kamal, Yus Zainal, Tekki Band dan Madam Band terdahulu muncul membuka tirai persembahan.

Dalam konsert berkenaan, Drama Band membuktikan bahawa mereka bukan sekadar penyanyi lagu 'jiwang' sebaliknya turut menampilkan sisi berbeza.

Malah sepanjang empat jam konsert berlangsung, pelbagai eleman unik seperti aksi lasak ditampilkan Aepul bersama penari professional.

ARTIKEL BERKAITAN: Najib Razak doakan Drama Band selamat daripada kemalangan, netizen pula ‘buka cerita’ parodi final AJL

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita perlu menegur” - Drama Band tetap teruskan sindiran dalam lagu selagi belum ada pelapis

Antara aksi 'stunt' yang memukau termasuklah lompatan tinggi, bermain trampilon, memijak serpihan kaca dan mengimbangkan badan di atas papan luncur serta bermain drum hidraulik.

Difahamkan konsert itu diinspirasikan dari persembahan 'gila' Aepul ketika bertanding menerusi program realiti The Hardest Singing Show.

Bersyukur dengan respon positif peminat, Aepun menyifatkan segala usaha dan penat lelah sepanjang persiapan konsert berbaloi.

"Dan kita berjaya realisasikan persembahan sebuah band dengan banyak elemen aksi lasak dalam satu konsert.

Copy of Untitled - 2024-10-08T123154.191

Aepul membuktikan bahawa dia seorang penyanyi yang versatil.

"Kami bersyukur, gembira dan puas dengan maklum balas yang positif dari semua," ujarnya.

Bukan itu sahaja, suasana konsert digamatkan dengan kemunculan artis jempuan termasuklah Leez Rosli, Putera Muhammad dan anak didik Aepun di program The Chosen One iaitu Kiki Fateeha.

Kejayaan konsert sulung ini mejadi bukti bahawa Drama Band kekal relevan sehingga kini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain