ENAM tahun melayari alam perkahwinan, pelakon Raja Ilya mengaku kehidupan berumah tangga bukanlah semudah disangka. Namun Ilya atau Raja Rumilah Begum Raja Mohammad, 39, berkata dugaan dan ujian itu mampu diharungi sekiranya setiap pasangan berserah dengan ketentuan Ilahi. "Perkahwinan tidak mudah! Ia tidak pernah mudah. Saya cakap berdasarkan pengalaman peribadi saya selama enam tahun. Raja berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram. "Perjalanan dua orang bersatu penuh dengan cabaran, tetapi dengan meletakkan Tuhan di tengah, segalanya mungkin menjadi baik. "Sepanjang menyelusuri ujian, kekuatan sebenar ditemui dengan berserah kepada kehendak-Nya," katanya menerusi hantaran di Instagram pada Selasa. Ilyan mengulas perkara itu dipercayai susulan hangat isu penceraian di antara Fazura dan Fattah Amin sejak Isnin. Dalam pada itu, Ilya berpendapat hubungan suami isteri akan menjadi lebih harmoni sekiranya kedua-dua pasangan mengutamakan agama dalam setiap keputusan. ARTIKEL BERKAITAN: Raja Ilya hamil anak kedua, kandungan sudah masuk 5 bulan ARTIKEL BERKAITAN: Curang tuduhan berat, Pekin dedah Fattah selalu sebut rindu isteri dan anak "Meletakkan Tuhan sebagai asas, pasangan boleh mengatasi setiap badai dan bangkit dalam kasih sayang. "Dengan cara itu, kita menjadi lebih kuat dalam iman, lebih mendalam dalam cinta, dan lebih bersatu demi tujuan," jelasnya. Sementara itu, dalam hantaran berlainan Ilya turut menulis kata-kata semangat buat sahabatnya iaitu Fattah. Pasangan ini mendirikan perkahwinan pada 2018. "Be strong beb!" ujarnya. Untuk rekod, Ilya mendirikan rumah tangga dengan Trent Garret pada 2018 dan menetap di Australia kerana mengikut suaminya yang merupakan warganegara sana. Pasangan ini juga memiliki seorang anak perempuan iaitu Talita Love yang kini berusia 2 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!