PELAKON Fatin Afeefa menjelaskan tindakannya merahsiakan kehamilan dan kelahiran anak ketiga adalah kerana mahu menjaga privasi. Menurut Fatin, 30, dia dan suami iaitu Aliff Awang sudah sepakat untuk tidak menguar-uarkan perkara itu kerana mahu menjalani hidup dengan lebih tenang dan mengelakkan daripada sebarang fitnah. "Saya tidak mahu orang luar menilai bagaimana saya dan suami membesarkan anak. Saya mahu menjalani kehidupan sebagai ibu dengan tenang. Fatin bersama suami dan anak-anaknya. "Sangat tenang apabila semua orang tidak tahu saya hamil dan bersalin. Selama saya rahsiakan, tiada orang yang beri saya nasihat yang tidak patut. "Jadi untuk elak fitnah dan tohmahan, saya dan suami bersetuju untuk tidak dedahkan terlebih dahulu fasal anak. Tidak semua netizen, tetapi segelintir yang suka komen negatif," katanya. Fatin berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung di akaun TikTok pada Isnin. Dalam pada itu, Fatin berkata ini adalah pengalaman pertama Aliff atau mesra disapa Opai mempunyai anak kecil. ARTIKEL BERKAITAN: Opai akhirnya mengaku sudah ada zuriat dengan Fatin Afeefa, anak sudah masuk usia 7 bulan ARTIKEL BERKAITAN: Fatin Afeefa terkejut muncul cerita sudah bersalin, belum sedia kongsi berita gembira Justeru itu suaminya mahu merasai suasana dan pengalaman membesarkan anak seperti bapa normal di luar sana. "Untuk suami saya sendiri, dia pertama kali ada anak kerana sebelum ini dua anak saya sudah besar. "Jadi untuk pengalaman urusan bayi, pertama kali buatnya. Dia juga mahu menjalani kehidupan sebagai bapa secara normal," jelasnya. Pada Ahad lalu, Fatin dan Aliff mendedahkan mereka sudah menimang cahaya mata lelaki berusia tujuh bulan yang diberi nama Muhammad Jibril. Saya tidak mahu orang luar menilai bagaimana saya dan suami membesarkan anak. FATIN AFEEFA PELAKON Untuk rekod, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Aliff pada Disember 2022 dalam majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya. Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Bernama Ivy Herra Sophia, 9 tahun. Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian daripada perkahwinan pertamanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!