suria

Lana Nodin nasihat Fazura diam usah buka aib, persoal niat cerai cara baik

Lana persoal tindakan Fazura canang cerita buruk Fattah pada umum,

PELAKON Lana Nodin menasihati aktres Nur Fazura supaya mengunci mulut daripada mencanang cerita buruk mengenai bekas suaminya iaitu aktor Fattah Amin.

Lana atau Mazlina Hasan Nodin, 46, berkata, perkara itu sangat memalukan lebih-lebih lagi apabila anak perempuan Fazura iaitu Nur Fatima Aisya sudah dewasa kelak.

"Kalau matang lebih baik awak tutup mulut dari buka aib bapa kepada anak sendiri.

size NP 1 - 2024-10-07T143415.257

Fazura dakwa Fattah curang dan tidak beri nafkah.

"Esok budak tu dah besar tengok buat malu saja," katanya menerusi Instastory pada pagi Selasa.

Dalam pada itu, Lana mempersoalkan tindakan Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, yang pada awalnya mengakui mahu berpisah secara baik namun sebaliknya pula yang berlaku selepas sah bercerai.

Kata Lana, tindakan Fazura mendedahkan cerita hal rumah tangga itu akan menampakkan aktres itu bukanlah mangsa keadaan.

"Kata nak berpisah cara baik kenapa nak terangkan dan buka aib? Esok orang buka aib awak baru tahu.

ARTIKEL BERKAITAN: Curang tuduhan berat, Pekin dedah Fattah selalu sebut rindu isteri dan anak

ARTIKEL BERKAITAN: Mana satu betul? Tuduhan Fazura ditangkis Fattah... Ikuti 5 topik perbalahan hangat beberapa jam selepas cerai

"Cuma jadi matang diam dan move on, biar Allah sahaja tahu kalau awak sedih.

"Tapi bila awak buat keputusan untuk beritahu satu dunia mungkin awak bukanlah mangsa keadaan, jadi bijaklah," ujarnya.

Sebelum ini, Fazura secara terbuka mendedahkan sikap curang Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, menjadi salah satu punca dia menuntut cerai di mahkamah.

Malah, pelakon itu turut menyebut beberapa faktor lain iaitu isu nafkah dan tiada persefahaman.

size NP 1 - 2024-10-08T101440.783

Lana meminta Fazura diam daripada buka aib bekas suami.

Untuk info, Fattah dan Fazura bercerai talak satu sekitar pukul 9.45 pagi pada Isnin di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain