suria

Kenyataan tegur ibu bapa pilih bulu disalah erti, Reen Rahim minta anak-anak jangan mudah makan hati - “Buat baik kerana Allah”

Reen menasihati anak-anak agar terus berbakti kepada ibu bapa.

PELAKON Reen Rahim menegur tindakan segelintir anak yang mengecam dan memburukkan ibu bapa mereka atas alasan tidak menerima layanan sebaiknya.

Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 36, sebaliknya menasihati golongan tersebut agar tidak berkecil hati dan teruskan berbakti terhadap orang tua mereka.

"Kenyataan saya tentang ibu bapa pilih bulu menarik puak-puak yang dianaktirikan untuk bergabung dan menyalahkan mak ayah pula.

Reen berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

Reen berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

"Ini khas untuk kamu yang berpuak-puak. Kalau anda dianaktirikan, jangan makan hati. Ambil masa, jaga hati awak sikit.

"Jangan bagi orang makan awak tetapi tanggungjawab sebagai anak untuk berbakti kepada ibu bapa jangan diabaikan," katanya.

Reen berkongsi perkara itu menerusi hantaran video yang dimuat naik di Instagram pada pagi Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Untungnya Reen Rahim, doa ibu untuknya buat ramai tersentuh hati

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi Reen Rahim kejar ibu mentua ketika hiking buat peminat geli hati, rezeki keluarga suami penyayang

Ia susulan kenyataannya menegur sikap pilih bulu dalam kalangan ibu bapa dengan membeza-bezakan anak sendiri.

Kesal kenyataannya disalah tafsir, Reen menegaskan teguran diberikan khusus buat orang tua yang mengabaikan anak-anak.

"Teguran itu memang pedas dan aku memang nak bagi dekat mak ayah jenis pilih bulu ni. Kalau ada yang terasa padan muka mereka!," jelasnya.

Copy of Untitled - 2024-10-07T151048.517

Reen sebelum ini meluahkan rasa geram terhadap sikap pilih bulu segelintir ibu bapa.

Dalam pada itu, Reen sempat berpesan agar anak-anak tidak berhenti melakukan kebaikan kepada ibu bapa mereka tanpa mengharapkan balasan.

Jelasnya, cukup Allah yang menjadi saksi atas kebaikan yang dibuat.

"Jaga kebajikan dia kalau mampu, buat saja walaupun tak dihargai. Bukan sebab nak dapatkan perhatian ibu bapa tetapi buat sebab kerana Allah.

"Walaupun kamu dipandang sebelah mata, buat saja benda yang patut kita buat untuk mendapat reda Allah," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain