PERSONALITI media sosial Siti Jamumall kesal apabila ada pihak mendakwa dia hamil sebelum melangsungkan pernikahan dengan influencer Aiman. Siti atau Siti Suriani Wahiddin, 26, menegaskan dia disahkan hamil sebulan selepas mendirikan rumah tangga pada 1 Jun lalu. "Dia nak cakap kita mengandung anak luar nikah. Siti menjelaskan perkara itu menerusi hantaran di TikTok. "Saya bernikah 1 Jun dan bersanding pada 1 September lalu. Saya gugur pada 28 September di usia kandungan lebih kurang 9 minggu," katanya. Siti menjelaskan perkara itu menerusi hantaran di TikTok pada Ahad. Dalam pada itu, Siti turut menegur tindakan segelintir pihak yang menabur fitnah tanpa usul periksa. Jelasnya, hukuman menfitnah orang lain melakukan perkara terkutuk adalah berat. ARTIKEL BERKAITAN: Tiada rezeki timang anak ketiga, Siti Jamumall jalani prosedur cuci kandungan akibat ‘molar pregnancy’ ARTIKEL BERKAITAN: Meriah majlis resepsi Siti Jamumall... Suami siap tunjuk bakat duet Zizi Kirana, tapi netizen saran lupakan nyanyian "Mulut jagalah, tak baik cakap orang macam tu. Kau ingat apa? Nak menuduh saja! "Cuba beritahu, kalau orang yang memfitnah macam ini dan mengatakan orang buat zina apa hukum dia?," ujarnya. Sebelum ini, Siti mendedahkan dia mengalami keguguran selepas tiga minggu disahkan hamil. Jelasnya, kandungannya terpaksa digugurkan selepas disahkan mengalami kehamilan molar pregnancy atau kandungan anggur. Pasangan in bercerai pada 1 Jun lalu. Untuk rekod, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun bercerai pada Disember 2022. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 5, dan Putra Aiman Zafran yang kini berusia 3 tahun. Kemudian Siti kembali bergelar isteri kepada pempengaruh Aiman atau Khairul Aiman Abdul Kudus, 21, pada 1 Jun lalu di Sutun, Thailand. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!