suria

“Ada sampai tahap cucuk insulin” - Ramai kenalan hidap diabetes, Fezrul Khan sudah setahun tak ambil gula

Fezrul sudah setahun tidak mengambil gula putih.

BIMBANG ramai dalam kalangan kenalannya menghidap penyakit diabetes, timbul rasa risau dalam diri pelakon Fezrul Khan akan mengikut jejak langkah mereka.

Disebabkan itu kata Fezrul atau Fezrul Khan Junaidi, 42, sudah hampir setahun dia tidak mengambil gula putih atau makanan manis sebagai salah satu usaha mengelak terkena penyakit berkenaan.

“Sudah lebih kurang setahun saya tudak ambil gula putih dan menggantikan dengan madu dalam diet.

fez2 - 1

Fezrul nekad untuk berhenti mengambil gula putih.

“Ramai kawan-kawan saya menderita kencing manis. Ada yang sampai terpaksa cucuk insulin selepas makan.

“Jadi saya cari solusi bagaimana nak elak terkena penyakit tersebut,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Fezrul memberitahu sejak dahulu lagi dia memang mementingkan penjagaan diri termasuk diet seharian.

ARTIKEL BERKAITAN: Belajar daripada kesilapan, reaksi Fezrul Khan selepas aksi cekik Nadiya Nisaa dapat pujian - “Part terakhir tu sangat gentleman!”

ARTIKEL BERKAITAN: Fezrul Khan bengang, tak tahan perangai aktres BBNU, tiga kali batal penggambaran saat akhir!

Kata Fezrul, dia tidak mengambil minuman bergula atau berkarbonat dah hanya menikmati dalam kuantigi sedikit jika teringin juadah manis.

“Senang cerita jangan ambil gula! Kalau saya teringin nak makan manis seperti kek, saya akan ambil ketika ‘cheat day’ seminggu sekali... Itu pun dalam kuantiti sedikit,” ujarnya.

Pelakon drama Polis Peronda ini bagaimanapun mengakui sebagai aktor, dia perlu terbuka menukar penampilan diri demi memenuhi tuntutan watak diberikan produksi.

Ramai kawan-kawan saya menderita kencing manis. Ada yang sampai terpaksa cucuk insulin selepas makan.

FEZRUL KHAN

PELAKON

Cerita Fezrul, berat badannya pernah mencecah sehingga 90 kilogram semata-mata untuk menjayakan watak.

"Saya seorang pelakon dan penampilan kami ini sentiasa berubah.

"Jika pengarah beri saya masa tiga bulan untuk siapkan badan jadi saya kena bersedialah. Tak kiralah untuk tambah atau kurangkan berat badan.

"Paling berat saya pernah mencecah 90 kilogram dan berat ideal saya 74 kilogram," jelasnya.

fez1 - 1

Fezrul menitikberatkan tentang penjagaan kesihatan.

Fezrul turut mengingatkan orang ramai untuk melakukan aktiviti seperti bersenam kerana dengan hanya menjaga pemakanan tidak menjamin berat badan dapat dikurangkan dengan mudah.

"Jadikan senaman sebagai satu kerja, sekurang-kurangnya ia boleh membantu peredaran darah kita berjalan dengan lancar.

"Kalau setakat jaga pemakanan tetapi tidak bersenam pun kurang membantu. Dalam seminggu mungkin tiga atau empat kali saya akan bersenam," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain