suria

Opai akhirnya mengaku sudah ada zuriat dengan Fatin Afeefa, anak sudah masuk usia 7 bulan

Fatin dan Aliff mendedahkan mereka sudah menimang cahaya mata pertama.

SUAMI kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang akhirnya mendedahkan mereka sudah menimang cahaya mata pertama yang kini sudah pun berusia tujuh bulan.

Aliff atau Opai berkata, dia dan isteri tidak terburu-buru memaklumkan berita gembira itu dan menanti waktu sesuai mengumumkan kepada semua.

"Ada dua perkara yang orang tak tahu, esok (Ahad) majlis akikah anak kami. Saya rasa tak kurang 10 orang sahaja tahu tentang hal ini.

fatin1 - 1

Aliff teruja kini bergelar bapa.

"Kami tenang sahaja, jadi ibu dan relaks sahajalah. Ini anak kami berdua. Alhamdulillah sudah tujuh bulan," katanya.

Aliff berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Alif turut memberitahu dia mengambil keputusan memaklumkan tentang cahaya matanya itu memandangkan anaknya sudah semakin membesar.

ARTIKEL BERKAITAN: Fatin Afeefa terkejut muncul cerita sudah bersalin, belum sedia kongsi berita gembira

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fatin Afeefa undur diri dunia lakonan dan nyanyian, akur permintaan suami supaya jadi Muslim lebih baik

Kata Alif, dia kini banyak menghabiskan masa bersama anak kerana mahu menikmati momen indah sebagai seorang bapa.

"Kenapa baru sekarang nak beritahu fasal anak sebab mak dan isteri saya dah bising anak dah nak besar. Takkanlah tak boleh beritahu yang kami sudah ada anak.

"Kenangan indah menjadi seorang bapa. Sejak kebelakangan ini saya sibuk menghabiskan masa untuk menikmati momen-momen indah bersama anak-anak," ujarnya.

Pada Mei lalu, ketika ditemu bual mStar, Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudi, 29, terkejut apabila mengetahui timbul desas desus mengatakan dia sudah melahirkan cahaya mata kedua.

Tidak mengiyakan atau menafikan perkata itu, Fatin bagaimanapun memberitahu akan berkongsi berita gembira apabila sudah tiba masa sesuai.

fatin2 - 1

Fatin sebelum ini merahsiakan kandungan keduanya.

Untuk rekod, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Fatin pada Disember 2022 dalam majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.

Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 7 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain