AKTOR Keith Foo membuat kejutan dengan memberi hadiah sebuah telefon iPhone 16 Pro Max kepada kekasihnya yang juga pelakon Riena Diana. Keith atau Foo Chuan Chin, 41, berkata, hadiah tersebut adalah bersempena dengan kejayaan Riena terpilih sebagai hos Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH-36 (ABPBH36) yang bakal bersiaran pada 11 Oktober ini. Tidak hanya itu, hadiah tersebut adalah bersempena pembabitan pertama Riena menerusi pementasan teater Andak Bertandak pada Ogos lalu. Riena tidak menyangka menerima hadiah mahal pemberian Keith. "Maaflah lambat sikit, berseronoklah dengan telefon baru awak. Saya sayang awak," katanya. Riena yang berkongsi video menerima telefon berkenaan di TikTok kelihatan teruja dengan hadiah tersebut sambil membuka kotak iPhone berkenaan di dalam kereta. Kata pelakon drama Kampung People itu, dia terharu dengan tindakan Keith yang sanggup menghabiskan wang semata-mata membeli hadiah tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Keith Foo suka dengar ceramah agama di YouTube, Riena Diana tak mahu bagi tekanan ARTIKEL BERKAITAN: Dah jumpa pasangan serasi, Keith Foo ada rancangan kahwin Riena Diana "Awak (Keith) buat saya rasa nak menangis. Jadi sekarang alat pengecas telefon saya sama seperti awak. "Terima kasih sayang. Kenapa awak habiskan wang yang banyak? Mahal sangatlah," ujarnya. Pada Jun lalu, Riena mengakui dia sudah menemui kebahagiaan yang dicari selepas menjalinkan hubungan cinta bersama Keith. Hubungan Riena dan Keith semakin rapat sejak Jun lalu. Kata Riena, hubungan mereka mula terjalin selepas digandingkan bersama dalam sebuah drama berjudul Salju Rindu. Untuk info, Keith sebelum ini pernah berkahwin dengan Kim Raymond pada November 2015 namun pasangan ini bercerai pada Disember 2019. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Skylar Raymond Foo yang kini berusia tujuh tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!