suria

Doa Najwa Latif dimakbulkan, kembali ke Makkah ditemani suami

Najwa kini sedang menunaikan umrah bersama suami.

DOA penyanyi Najwa Latif mahu ke Tanah Suci Makkah bersama pasangan hidup akhirnya dimakbulkan apabila dia dan suami iaitu Akwa Arifin dapat menunaikan umrah bersama.

Najwa atau Imratul Najwa Abdul Latif, 29, berkata, doa itu pernah dipanjatkan ketika ke Makkah sebelum ini dan tidak menyangka dapat menjejakkan kaki ke sana bersama suami tercinta.

"Kali terakhir saya ke sini (Makkah) saya berdoa kepada Allah untuk jemput saya lagi bersama seseorang yang boleh menemani saya dengan izin-Nya.

Doa Najwa (kiri) sewaktu menunaikan umrah sebelum ini termakbul.

Doa Najwa (kiri) sewaktu menunaikan umrah sebelum ini termakbul.

"Saya kembali lagi selepas doa saya dijawab. Bagi pinjam dia (suami) pada saya lama sikit Ya Allah? Kalau boleh sampai syurga, amin," katanya.

Najwa berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Sabtu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Cinta Muka Buku ini memuji sikap Akwa yang disifatkan bertanggungjawab dalam menjaga urusan mereka sekeluarga sepanjang berada di Tanah Suci.

ARTIKEL BERKAITAN: Najwa Latif selamat bergelar isteri rapper Akwa Arifin, terima mas kahwin 2.5 gram emas

ARTIKEL BERKAITAN: Najwa Latif sendiri terkejut sudah bergelar isteri, peminat nak cari pengganti presiden kelab single

Kata Najwa, Akwa tidak pernah mengeluh dan berterima kasih kerana sentiasa menjaga dan menemani mereka.

"Dia (suami) teman mak, kakak, isteri, mak mentua dan kawan-kawan mak mentua tapi tidak sekali pun mengeluh sepanjang enam hari berada di Makkah.

"Saya bangga dengan awak sayang (panggilan Akwa). Terima kasih tolong jaga dan temankan kami, bila perlu," ujarnya.

Untuk rekod, Najwa dan Akwa melangsungkan perkahwinan di Batu Pahat, Johor pada 11 November 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain