PELAKON Scha Alyahya menegur segelintir pihak agar tidak cepat memandang rendah terhadap impian anak seni tempatan untuk meraih sesuatu kejayaan di peringkat global. Scha atau Sharifah Nor Azean Mahadzir, 41, sebaliknya meminta rakyat Malaysia memberi sokongan dan bukan memperlekehkan cita-cita mereka. "Sebab itu jangan perlekehkan impian dan cita-cita orang lain. Terutamanya bakat-bakat tempatan kita sendiri. Scha berkongsi perkara itu menerusi InstaStory. "Siapa yang patut menyokong dan beri semangat kalau bukan kita sendiri," katanya. Scha meluahkan perkara menerusi hantaran tangkap layar memaparkan berita kejayaan filem Abang Adik mewakili Malaysia di Anugerah Oscar ke-97. Karya arahan Jing Ong ini bakal bersaing bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik. ARTIKEL BERKAITAN: Impian dan cita-cita dipandang rendah, Meerqeen yakin potensi diri tiada alasan untuk putus asa ARTIKEL BERKAITAN: Henti tanam kebencian, Scha Alyahya ingatkan tentang dosa sesama manusia Sebelum ini, pelakon Meerqeen menerima kritikan netizen susulan menyatakan impian mahu menggenggam trofi Anugerah Akademi atau Oscar suatu hari nanti. Selain netizen, penggiat seni senior lain turut menasihati Meerqeen untuk berpijak pada bumi yang nyata. Malah ada yang menasihati pelakon itu agar memperbaiki mutu lakonan terlebih dahulu sebelum memasang angan-angan terlalu tinggi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!