suria

Tiada istilah tumpang populariti, Muaz Zabir akur sentiasa dikaitkan dengan Bella Astillah

Nama Muaz dan Bella sering dikaitkan bersama.

PELAKON Muaz Zabir akur sekiranya peminat terus mengaitkan dia bersama penyanyi Bella Astillah selepas tampil dalam muzik video lagu terbaharu berjudul Tapi Bukan Denganmu.

Bagi Muaz atau Muaz Mohamad Zabir, 26, sebagai pelakon kerjasama antara mereka adalah bersifat profesional dan hanya menjalankan tanggungjawab memainkan watak diberikan.

Malah tatkala diberi tawaran ini, Muaz akui teruja kerana pertama kali terlibat menjayakan sebuah muzik video.

muaz 1

Muaz tampil berlakon dalam MV terbaharu lagu Bella.

"Saya dah bekerjasama dengan ramai artis, tetapi tetap yang ini juga orang nampak. Kalau orang mahu kaitkan saya dengan Bella apa salahnya jika ia tidak memberi impak negatif.

"Apa dilakonkan dalam MV tersebut itu adalah watak yang diberikan. Saya bukan seperti orang dalam MV tersebut. Jadi tidak tahu apa kaitannya dengan saya.

"Saya teruja diberi tawaran terlibat dalam MV ini sebab pengalaman baru berlakon tanpa dialog. Ini peluang baik dan saya harus cuba," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Muaz Zabir lebih terbuka dengan Bella Astillah, ramai doa daripada kecam... “Dia pun bukan isteri orang lagi”

ARTIKEL BERKAITAN: Idah selesai bukan peluang keemasan buat Muaz Zabir, hormat Bella Astillah sebagai rakan

Muaz turut hadir ketika majlis pelancaran lagu tersebut yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Dalam MV berkenaan, Muaz membawakan watak sebagai pasangan kepada Bella yang juga turut digambarkan seperti pengalaman sebenar pernah dilalui penyanyi itu.

Saya bukan seperti orang dalam MV tersebut

MUAZ ZABIR

PELAKON

Ada juga menganggap watak tersebut mencerminkan karakter bekas suami Bella iaitu penyanyi Aliff Aziz.

"Itu karakter yang diberikan dan saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon. Jika orang benci watak tersebut maka menjadilah lakonan saya.

"Itulah kisah sebagai seorang penyanyi kerana dia boleh lontarkan emosi dalam lagu. Sebagai pelakon pula saya perlu sorokkan emosi sendiri untuk lontarkan emosi orang lain," luahnya.

muaz 3

Muaz kini terus cipta nama dalam industri seni.

Dalam masa sama pelakon ini juga menolak kata-kata menganggap dia sengaja menumpang populariti Bella tatkala rakan artisnya itu menjadi bualan ramai susulan isu rumah tangga.

"Saya ada pengurusan dan platform sendiri. Tiada istilah menumpang populariti. Saya pun tidak pernah hubungi Bella minta job.

"Orang yang bercakap tentang kontroversi antara kami. Bukan saya yang minta," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain