suria

[V] Tiada satu mesej atau panggilan tanya khabar anak-anak, Bella Astillah tak marah Aliff Aziz - “Lebih baik begini”

PENYANYI dan pelakon Bella Astillah mendedahkan bekas suaminya iaitu Aliff Aziz tidak pernah menghubunginya untuk berjumpa mahupun bertanya khabar tentang anak-anak mereka.

Bagaimanapun Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, tidak mengambil peduli dengan sikap ditunjukkan Aliff sebaliknya merasakan ia adalah jalan terbaik buat mereka semua.

“Sejak kejadian lalu sehingga hari ini, tiada satu mesej, panggilan telefon atau DM daripada dia.

aliff aziz 1

Aliff dikatakan tidak pernah menghubungi untuk bertanya khabar anak-anak.

“Tapi saya tiada masalah dengan perkara itu. Saya tidak pertikai atau marah... Saya rasa lebih baik begini.

“Tapi tiga atau empat tahun lagi kita tak tahu macam mana tetapi sekarang ini jalan terbaik,” katanya kepada mStar.

Bella berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sidang media pelancaran lagu baharunya berjudul Tapi Bukan Denganmu di The Exchange TRX, Kuala Lumpur pada petang Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz minta maaf pada anak, hanya mampu kirim doa sempena hari jadi

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bukan niat putus silaturahim, Bella Astillah ada sebab larang keluarga Aliff Aziz berhubung dengan anak-anak

Disoal mengenai situasi anak-anak, Bella memaklumkan Ayden dan Ara tidak pernah mencari dan bertanya mengenai bapa mereka.

Ketika ini, anak-anaknya menjalani kehidupan normal dan fokus dengan persekolahan dan aktiviti harian.

“Alhamdulillah anak-anak tidak mencari, saya sebagai ibu takut kalau mereka fikir bukan-bukan tapi sekarang mereka fokus belajar.

Saya tidak pertikai atau marah... Saya rasa lebih baik begini

BELLA ASTILLAH

PENYANYI/PENYANYI

Bagi dirinya pula, Bella mahu meneruskan kehidupan malah enggan mengenang peristiwa silam yang pernah membelenggu diri.

Malah aktress itu juga mengakui sudah tidak ambil peduli atau mahu mengetahui perkembangan terkini tentang Aliff.

“Saya nak bantu diri saya ‘heal’ jadi saya tidak ‘stalk’ dan tidak tahu apa-apa perkembangan mengenai dia atau keluarganya.

bella astillah 2

Bella kini mahu terus fokus kerjaya.

“Nak ‘move on’ bukan mudah sebab hubungan kami lama iaitu 12 tahun tapi saya percaya, lambat laun pasti saya boleh meneruskan kehidupan,” ujarnya.

Untuk rekod, Bella dan Aliff bercerai talak satu pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun hidup sebagai suami Isteri.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 7 dan Ara Adreanna, 4 tahun.

Dalam perkembangan lain, bercerita mengenai lagu baharunya, Bella memaklumkan ia merupakan kolaborasi bersama komposer Sharon Paul.

Jelas Bella, lagu mengisahkan seorang suami mengabaikan isterinya itu cukup membawa makna besar buatnya yang pernah mengalami kegagalan rumah tangga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain