suria

‘Abang Adik’ wakil filem Malaysia ke Anugerah Oscar ke-97

Karya Abang Adik terus mendapat perhatian peringkat antarabangsa.

FILEM Abang Adik dipilih mewakili Malaysia di Anugerah Oscar ke-97 yang bakal berlangsung pada Mac tahun depan.

Karya arahan Jing Ong ini bakal bersaing bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkata, pemilihan tersebut dibuat berdasarkan beberapa siri penilaian dibuat Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF).

553 (7)

Filem ini telah banyak mencipta kejayaan luar negara.

Filem terbitan More Entertainment Sdn Bhd itu sebelum ini sudah banyak mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa.

Antara pencapaian tertinggi termasuklah Anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Asia New York (Uncaged Competition Ke-22) selain pemenang trofi Golden Mulberry di Black Dragon Critics Award.

Tidak hanya itu Abang Adik turut terpilih sebagai pemenang Filem Cereka Terbaik di Far East Film Festical ke-25 di Udine, Itali.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Abang Adik’ rangkul 2 trofi utama MGGA 2024

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada tapisan tayangan di Netflix, Jack Tan jawab babak seks dalam ‘Abang Adik’

Selain itu lakonan hebat dua pelakon iaitu Jack Tan dan Kang Ren Yu juga membuahkan hasil menerusi penganugerah terhadap mereka.

Filem ini mencatatkan kemenangan di Malaysia Global Golden Awards (MGGA) 2024 dengan meraih trofi Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Dari segi kutipan di pawagam, karya ini mendapat sambutan baik dalam kalangan penonton dengan jumlah RM5.7 juta ketika ditayangkan pada Disember tahun lalu.

final 3

Kang Ren Ju (kiri) memegang watak sebagai Abang dan Jack Tan sebagai Adik.

Abang Adik memaparkan kisah tentang dua bersaudara yang tinggal di ibu kota dan berdepan masalah tiada permit sebagai warganegara.

Kisah kekeluargaan antara watak Abang dan Adi cukup menyentuh perasaan apabila mereka saling melengkapi antara satu sama lain.

Lebih sedih lagi apabila Abang yang dilakonkan oleh Kang Ren Ju merupakan seorang lelaki kelainan upaya namun tetap menunjukkan kasih sayang terhadap Adik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain