suria

Nabila Razali hamil anak pertama, dijangka bersalin Januari 2025

Nabila bersyukur dengan kehadiran cahaya mata sulung.

SELEPAS hampir setahun melayari bahtera perkahwinan, penyanyi dan pelakon Nabila Razali mengumumkan sedang hamil anak sulung.

Nabila, 32, berkata, dia dan suami iaitu Nik Iruwan Nik Izani, 39, dijangka menimang bayi sulung mereka pada Januari tahun depan.

Bersyukur dengan kehadiran cahaya mata pertama, Nabila menyifatkan kehadiaran cahaya mata sulung ini merupakan detik paling bermakna buat dirinya dan suami.

NABILA 5

Nabila mengumumkan berita gembira itu menerusi perkongsian di Instagram.

"Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur dengan rezeki ini.Ini adalah saat yang sangat membahagiakan buat kami.

"Fasa ini sebagai titik permulaan dengan kesyukuran dan kegembiraan, di mana setiap detiknya menjadi satu pengalaman berharga," katanya menerusi satu kenyataan kepada mStar pada pagi Jumaat.

Sebelum itu, Nabila turut memuat naik foto bertemakan poster filem yang tertera tulisan 'Meet the Parents'.

ARTIKEL BERKAITAN: Belajar melepaskan demi kebahagiaan orang lain, maksud pengorbanan buat Nabila Razali

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali beraya di Kelantan, Nabila Razali rasai perbezaan di kampung suami

"Nik and Bella Jr. is on the way!," tulisnya pada bahagian kapsyen gambar.

Bercerita mengenai keadaannya yang sedang sarat hamil, Nabila memberitahu dia berada dalam keadaan baik cuma mudah berasa letih.

Bagaimanapun kata Nabila, dia tetap meneruskan karier seni seperti biasa memandangkan terdapat beberapa projek yang telah dipersetujui lebih awal.

"Tidak dinafikan sekarang ini memang cepat penat dan lebih banyak berehat... Sekarang memang rasa nak tidur saja.

nabila 2

Nabila tetap meneruskan aktiviti seni seperti biasa.

"Tapi saya masih komited dengan karier terutama ada beberapa kerja yang sudah dirancang lebih awal," ujarnya.

Nabila berkata, dengan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan, dan peminat setia, dia yakin fasa ini akan menjadi satu lagi bab indah dalam kehidupannya.

Untuk rekod, Nabila dan Nik Iruwan disatukan sebagai suami isteri pada 18 November 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain