IMPIAN pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha mendirikan rumah tangga pada usia 25 tahun tidak tercapai memandangkan sehingga kini masih belum bertemu calon sesuai. Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin yang kini berusia 31 tahun bagaimanapun tidak terburu-buru mencari pasangan memandangkan ketika ini fokus utama mengembangkan karier seni. "Saya merancang berkahwin pada usia 25 tahun tapi nampaknya terlajak lima tahun Sekarang saya sasar nak menamatkan zaman bujang pada usia 33 tahun, insya-Allah. Kalau tak tercapai juga, saya anjakkan lagi ke usia 36 tahun... Saya okay saja dan terbuka kalau bertemu jodoh pada usia berapa sekali pun," katanya kepada mStar. Daiyan baharu sahaja melancarkan album terbaharunya berjudul Lovelorn khas buat peminat. Daiyan berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas pelancaran album sulungnya berjudul Lovelorn di TRX, Kuala Lumpur pada petang Khamis. Walaupun belum bertemu jodoh, Daiyan sudah bersedia bergelar isteri asalkan bakal suaminya serius dalam menjalinkan hubungan dan komitmen berumah tangga. Jelas Daiyan, pada tahap ini dia sudah tiada masa untuk bermain-main dalam percintaan apatah lagi menjalinkan hubungan yang tiada arah tujuan. ARTIKEL BERKAITAN: Daiyan Trisha kongsi kisah cinta menerusi ‘My Home Is In Your Arms’... Peminat pula teruja kemunculan Meerqeen dalam MV ARTIKEL BERKAITAN: Daiyan Trisha buat tindakan drastik, batal kontrak bersama jenama antarabangsa “Saya tiada had umur untuk kahwin, tapi mungkin ada had umur untuk ada anak sebab itu melibatkan biologi dan kesihatan. Tapi buat masa ini tak terfikir lagi fasal anak pun. “Kalau saya jumpa dengan seorang yang serius, saya terbuka dan sedia untuk berkahwin. Saya dah malas untuk melalui fasa bercinta terlalu lama. “Kalau orang itu serius, jom kahwin! Saya dah sampai dekat tahap begitu sekarang ini. Tambah pula perkahwinan itu memang disokong dalam Islam,” jelasnya. Bagi saya paling penting orang itu mesti jaga hubungan dengan Allah, seseorang dekat dengan agama. DAIYAN TRISHA PELAKON DAN PENYANYI Bercerita mengenai ciri-ciri lelaki idaman, Daiyan berkongsi dia tertarik dengan lelaki yang menjaga solat dan memiliki pengetahuan agama. “Saya tiada ciri-ciri khas, malah saya okay saja dengan sesiapa pun. “Bagi saya paling penting orang itu mesti jaga hubungan dengan Allah, seseorang dekat dengan agama. Kalau tak, saya sendiri pun tak rasa saya boleh memahami dia,” ujarnya. Daiyan tidak memilih calon suami tetapi lelaki tersebut mestilah menjaga agama. Dalam perkembangan lain, Daiyan tampil dengan buah tangan baharu buat peminat menerusi album keduanya berjudul Lovelorn pada 4 Oktober ini di semua platform digital. Sama seperti karyanya sebelum ini, Daiyan mencipta sepenuhnya lgu berkenaan daripada bait lirik mahupun melodi dengan bantuan beberapa komposer lain. Selain album, Daiyan juga bakal menghiburksn peminat menerusi sebuah showase eksklusif bersempena pelancaran Lovelorn yang berlangung di Aurum Theatre, TRX pada 1 dan 2 November 2024. Orang ramai boleh mendapatkan tiket dengan harga serendah RM180 bermula Khamis di laman web Golden Screen Cinemas. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube