suria

Wanita kongsi suami jatuh cinta dengan staf sendiri, Fazura titip doa semoga kuat

Perkongsian Fazura menimbulkan tanda tanya.

TATKALA kisah rumah tangga sedang berdepan ujian, pelakon Nur Fazura sempat menitip doa buat seorang wanita yang berdepan konflik dengan suaminya.

Menerusi hantaran yang dibuat di laman X, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, dilihat mengulang siar ciapan wanita berkenaan yang mendakwa suaminya curang dengan pekerja sendiri.

Fazura yang sedang dalam proses bercerai dengan aktor Fattah Amin turut meninggalkan pesanan agar wanita tersebut kuat melalui fasa tersebut.

fazura 22

Doa ringkas Fazura buat wanita lain.

"Hanya kasih sayang yang dapat saya kirimkan. Semoga kuat," katanya.

Perkongsian wanita berkenaan menceritakan tentang suaminya yang didakwa curang dengan pekerja sendiri.

Perubahan pada sikap suami mula dirasai selepas kehadiran orang ketiga dekat dengannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi maruah, Fazura nekad teruskan cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Ucapan Fazura sempena hari lahir anak sentuh hati peminat, tak dapat buat ‘birthday party’

Hantaran tersebut juga mendapat perhatian ramai dan dikatakan berkaitan dengan kemelut rumah tangga yang sedang dihadapi oleh Fazura sendiri.

Malah ada yang mendakwa Fazura ibarat memberi bayangan itu juga menjadi punca dia memfailkan cerai terhadap suami iaitu pelakon Fattah Amin.

"Ini adalah bayangan.

fazura 33

Fazura dan Fattah ketika hadir di mahkamah.

"Kenapa macam jalan cerita Fazura tetapi orang lain sampaikan.

"Dia macam nak beritahu tetapi tidak secara terus. Jadi keluarlah tweet seperti ini," komen netizen.

Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah pada 13 September lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

fazura 44

Ramai peminat yang terus mendoakan kebahagiaan Fattah dan Fazura.

Kedua-dua mereka hadir dalam sebutan permohonan ceria pada 25 September lalu.

Fattah tampil bersama dokumen cadangan dan kes mereka akan dibicarakan pada 7 Oktober ini.

Untuk rekod Fazura dan Fattah, 34, mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain