suria

As'ad Motawh selit duit dalam tin susu, mahu beri kejutan buat golongan ibu... Netizen puji tapi persoal pilih jenama mahal

As'ad memberi sedekah sebanyak RM1,000 secara keseluruhan untuk beri kejutan buat golongan ibu.

PENYANYI As'ad Motawh mencuri tumpuan netizen apabila bermurah hati mengeluarkan wang sebanyak RM1,000 bagi tujuan sedekah di sebuah pasar raya di Kepong, Kuala Lumpur.

Jelas As'ad atau As'ad Ahmad Mohammad Motawh, 23, tujuan dia berbuat demikian kerana mahu memberi kejutan kepada golongan wanita bergelar ibu membeli susu buat anak-anak mereka.

"Saya ada sembunyikan wang keseluruhan RM1,000 di Lotus, Kepong di bahagian susu bayi untuk memberi kejutan kepada ibu-ibu di luar sana," katanya.

size NP 1 - 2024-10-03T125951.452

As'ad selit beberapa keping duit pada tin dan kotak susu bayi.

As'ad berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Rabu.

Penyanyi lagu Senyum berharap agar duit berkenaan serba sedikit dapat membantu mereka yang berada dalam kesulitan ketika membeli barang keperluan bayi mereka.

"Harap ia membantu untuk beberapa golongan ibu di luar sana," ujarnya.

Hasrat murni As'ad itu bagaimanapun tetap mendapat reaksi negatif daripada netizen yang menganggap tindakannya itu tidak kena dengan sasaran.

ARTIKEL BERKAITAN: As'ad Motawh hanya ada RM5, pilih jalan kaki ke Pavilion... Sapu sabun pencuci tangan sebagai deodorant elak badan busuk

ARTIKEL BERKAITAN: As'ad Motawh - Selamanya #akuStar

Ini kerana As'ad didakwa menyembunyikan wang berkenaan pada tin susu berharga mahal yang tidak akan dibeli oleh golongan kurang berkemampuan.

"Letak dekat jenama susu yang marhaen, insha-Allah akan lebih banyak membantu.

"Letak dalam tin atau kotak susu mahal tu, orang T20 saja beli. Letaklah dekat susu murah.

"Semua susu mahal-mahal dia letak, rezekilah siapa yang dapat," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain