SIAPA sangka di sebalik karakter periang, tersimpan seribu kesedihan dalam diri penyanyi dan penyampai radio Dina Nadzir sehingga memaksa dia mengubah penampilan. Tidak mengamalkan sebarang diet tertentu, Dina atau Faradina Mohd Nadzir, 39, sebaliknya memberitahu rasa serba kekurangan pada diri sendiri menjadi punca utama dia nekad menukar gaya hidup. "Saya tiada diet khas, saya hilang berat badan sebab saya sedih. Sejujurnya, saya tidak gembira. Saya rasa tak cukup baik, tak cukup cantik, tak layak dicintai dan tidak cukup segalanya. Dina berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory. "Saya rasa saya hodoh, saya tiada nilai, saya capai macam-macam selama 20 tahun dalam industri tapi saya dilayan seolah-olah saya tiada nilai. "Itu membuatkan saya mencuba pelbagai perkara dengan harapan dapat keluar daripada situasi itu untuk rasa lebih baik tentang diri saya," katanya. Dina berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory pada Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan turun 10 kilogram, Dina Nadzir berazam ambil lesen menyelam ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19 bukan alasan persembahan teruk, Dina Nadzir anggap adil dapat kedudukan tercorot GV9 Mengakui perjalanannya tidak mudah, Dina bagaimanapun berjaya menemui kebahagiaan apabila melakukan aktiviti-aktiviti baharu. Malah, dia turut mengambil pendekatan untuk berhubung semula dengan rakan-rakan lamanya demi mencari dirinya yang lama menghilang. "Saya mula mencabar diri saya secara emosi, mental dan fizikal berharap sesuatu akan membuat saya 'pecah' dan menyakiti saya, jadi saya boleh rasa sakit yang lebih teruk. Dina mengakui perjalanan untuk mencari semula dirinya tidak mudah. "Saya menemui perkara-perkara baru yang saya suka lakukan. Matahari, laut, peluh... perkara yang saya benci dahulu. "Saya mula berhubung semula dengan kawan-kawan lama. Mencari diri saya semula, itulah perkara yang bantu saya turun berat badan," jelasnya. Sebelum ini, Dina memberitahu dia menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram dalam tempoh sebulan selepas mengamalkan pemakanan sihat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!