suria

Sihir punca tanggal tudung dan berkemban, Nonny Nadirah masih berpegang ajaran Islam

Nonny sebelum ini pernah tampil berhijab.

DIKECAM hebat susulan bertindak menanggalkan tudung selain rancak mendedahkan aurat, pelakon Nonny Nadirah menegaskan jiwanya masih berpegang kepada ajaran agama Islam.

Nonny atau Nonny Nadirah Zainuddin, 34, berkata, perubahan ditunjukkan adalah disebabkan perbuatan sihir seseorang.

Bagaimanapun, dia tidak berminat untuk mendedahkan dalang di sebalik perbuatan tersebut kerana menganggap setiap manusia mempunyai dugaan tersendiri.

nonny 2

Nonny mendedahkan pernah terkena sihir.

"Saya Nonny Nadirah. Saya berpegang kepada ajaran al-Quran dan hadis.

"Jangan ditanya siapa menyihir, lain orang lain ujiannya. Mana yang perang, mana yang disihir.

"Korang tak rasa apa yang saya rasa," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati belum tertutup buat lelaki, Nonny Nadirah tunggu jodoh kiriman Tuhan

ARTIKEL BERKAITAN: Nonny Nadirah mahu jual tuala ‘preloved’ pula, bagi amaran lelaki miang... Dedah sudah 4 tahun tak disentuh

Nonny berkongsi mengenai perkara itu di Instagram miliknya pada Khamis.

Menerusi perkongsian sama, Nonny turut memuat naik video koleksi gambar dirinya sambil menceritakan bagaimana dia berdepan dengan perbuatan khianat itu.

Dalam pada itu, Nonny memberitahu tidak salah sekiranya ada ingin menegur perubahannya namun perlu menggunakan cara yang betul.

nonny 3

Perkongsian Nonny di sosial media sering mendapat kecaman.

Malah Nonny meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik buat dirinya daripada mengecam tanpa mengetahui cerita sebenar.

"Hendak menegur kenal caranya, amal Ilahi kekuatan ilmunya.

"Islam agama luar biasa dan ajaib, doa yang baik-baik," katanya.

553 (5)

Nonny kita tidak lagi aktif dalam dunia seni.

Sebelum ini Nonny teruk dikecam netizen susulan mengubah penampilan dengan memakai hijab dan berniqab sebelum kembali membuka tudung.

Apa membimbangkan peminat, Nadirah bukan sahaja membuka tudung malah pernah berkemban di media sosial.

Tindakan berani Nonny itu sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat yang hairan dengan perubahan drastik ditunjukkan pelakon itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain