PENYANYI Datuk Awie tidak akan membuka cerita sebenar masalah di antara dia dengan bekas gitaris kumpulan Wings iaitu JoBranko yang masih belum menemui titik noktah. Awie atau Ahmad Azhar Othman, 56, menjelaskan mencanang sesuatu masalah bukan caranya menyelesaikan sesuatu masalah. "Perlukah saya berkata-kata? Perlukah saya buka segalanya untuk semua orang tahu apa sebenarnya berlaku? Awie kekal berdiam daripada canang cerita sebenar di media sosial. "Rasanya itu bukan saya. Biarlah dia terjun dengan labu labi dia," katanya. Awie meluahkan perkara itu menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya pada Rabu. Meskipun tidak menyebutkan nama sesiapa, tetapi hantaran itu dipercayai ditujukan kepada bekas gitaris Wings berkenaan. Ia kerana kenyataan itu dibuat selepas JoBranko memberitahu kepada media dia terbuka untuk bersemuka dengan Awie untuk memulihkan keadaan. ARTIKEL BERKAITAN: JoBranko terbuka jumpa Awie, katanya boleh terus hubungi jika ikhlas dan profesional ARTIKEL BERKAITAN: Idea sempena ulang tahun ke-40 Wings, Awie mahu nyanyi depan banduan dalam penjara seluruh Malaysia Dalam pada itu, Awie memohon maaf andai kenyataannya sebelum ini disalah tafsir oleh JoBranko. “Mohon maaf jika saya buat kenyataan yang salah, Tuhan merahmati kamu," ujarnya. Sebelum ini hasrat Awie mahu bersilaturrahim dengan JoBranko bersama kumpulannya Barbarik tidak menjadi kenyataan. Ia susulan kumpulan itu didakwa meletakkan harga tinggi untuk menyertai Rock Warrior Music Festival (RWMF) anjuran Rumah Merah Entertainment milik Awie. Awie mohon maaf jika salah buat kenyataan pada media sebelum ini. JoBranko dalam satu kenyataan memberitahu Barbarik mempunyai hak meletakkan harga sesuai berdasarkan pengalaman, bakat dan reputasi apabila menerima sesuatu tawaran. RWMF bakal berlangsung di KL Base, Sungai Besi pada 23 dan 24 November depan. Konflik antara Awie dan JoBranko bermula sekitar tahun 2016 selepas dia mengambil keputusan untuk tidak lagi menyertai Wings. Difahamkan perselisihan berlaku berpunca daripada konflik dalaman sehingga menimbulkan rasa kurang senang kedua-dua belah pihak. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!