suria

Hunny Madu kena sergah tak pandai jaga anak, kesedaran masyarakat Jepun tentang autisme rendah

Hunny berkongsi pengalaman membawa anak autistik bercuti ke Jepun.

PENYANYI dan pengacara terkejut dengan sikap masyarakat di Jepun masih kurang kesedaran tentang autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) ketika bercuti di negara berkenaan.

Hunny atau Hani Farhana Mohd Hatim, 40, berkata, dia kecewa disergah apabila kelakuan anak lelakinya iaitu Adam Musa yang menghidap autisme mendatangkan kemarahan kepada masyarakat Jepun.

Kata Hani, setiap kali dia cuba menerangkan keadaan anaknya itu, kebanyakan daripada mereka tidak memahaminya dan meminta dia mengawal anaknya.

Hunny terkejut tentang penerimaan rakyat Jepun terhadap anak autistik.

Hunny terkejut tentang penerimaan rakyat Jepun terhadap anak autistik.

"Saya baru pulang bercuti dari Jepun, penerimaan rakyat negara itu tentang austime memang sangat rendah.

"Negara maju seperti Jepun masih belum terbuka minda mereka untuk menerima kanak-anak autistik.

"Saya cuba jelaskan keadaan Adam tetapi mereka tetap minta anak saya untuk diam," katanya kepada mStar.

Berbeza dengan di Malaysia, Hani memberitahu kesedaran dan keterbukaan penduduk di negara ini lebih tinggi terhadap individu dengan autisme.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak jalani pembedahan jantung ketiga, air mata Hunny Madu tak henti kenang Adam dalam ICU

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi sampah sarap cacatkan pemandangan, Hunny Madu gembira pihak perbandaran ambil tindakan bersih Pantai Tok Bali

"Rakyat negara ini lebih memahami dan setiap kali saya beritahu tentang keadaan Adam, mereka memahaminya.

"Namun perkara itu tidak berlaku di Jepun. Walaupun anak saya duduk di meja orang lain sekejap, mereka tetap marah kami sekeluarga.

"Di Jepun, asalkan awak berkelakuan baik dan sopan mereka okay. Kalau anak normal menjerit pun mereka akan marah sebab bagi mereka, ibu bapa tak pandai menjaga anak," jelasnya.

Bercakap tentang keadaan Adam, Hani memberitahu anak lelakinya itu kini bersekolah di sebuah pusat pembelajaran khusus buat kanak-kanak autistik.

Hunny banyak belajar tentang kanak-kanak autistik.

Hunny banyak belajar tentang kanak-kanak autistik.

Malah kesihatannya selepas menjalani pembedahan fontan akibat masalah jantung dua tahun lalu juga semakin menunjukkan perubahan positif.

"Saya lebih banyak bercakap dengannya untuk memahami personalitinya terutamanya ketika dia dalam keadaan tantrum.

"Saya juga banyak bersembang dengan ibu bapa yang turut mempunyai anak-anak autism. Jadi daripada situ saya dapat belajar tentang anak istimewa ini," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain