DALAM kegembiraan berjaya menamatkan misi Larian Seniman Agong P Ramlee sejauh 367KM, pelakon Pablo Amirul turut meluahkan rasa kecewa apabila hasrat dan beberapa sasarannya tidak tercapai. Selain gagal melengkapkan larian sejauh 376 kilometer, Pablo atau Amirul Hisyam Mohd Sakri, 39, berkata jumlah sumbangan hasil program berkenaan juga kurang memberansangkan. "Hari pertama larian saya dah mengalami sakit akibat tersalah saiz kasut tajaan. Selain itu kaki saya juga sakit akibat latihan berpanjangan sebelum misi ini. Pablo terharu sambutan orang ramai. "Jadi saya hanya lengkap jarak sejauh 250 kilometer. Bagaimanapun saya ada buat larian di luar laluan untuk lengkapkan misi asal. "Sumbangan juga kurang menggalakkan. Saya berjaya kumpul kurang dari RM100,000. Sedangkan sasaran awalnya lebih lagi. Paling tidak seorang pengikut di media sosial dapat sumbang RM1," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu. Dalam misi ini, Pablo memulakan larian pada 23 September lalu di Rumah P. Ramlee, Georgetown, Pulau Pinang dan tiba di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada pukul 8.45 pagi Isnin lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Dari Georgetown ke Dataran Merdeka, Pablo Amirul bakal buat larian solo 367km dalam tempoh 6 hari ARTIKEL BERKAITAN: Makcik Terengganu enggan jual kuih sebab muka nampak jahat, Pablo Amirul hantar ‘budak’ borong semua Misi larian tersebut adalah untuk mengumpul sumbangan bagi membantu golongan anak seni yang memerlukan. Dalam masa sama, Pablo juga mahu mengagihkan sumbangan buat waris Seniman Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Meskipun sedikit kecewa dengan hasil penganjuran program ini, namun Pablo menganggap misi ini memberi hikmah besar buatnya untuk mendekatkan diri dengan agama. Bagi saya larian ini juga mendekatkan diri saya dengan Allah PABLO AMIRUL PELAKON Menurutnya sambutan baik yang diberikan oleh penduduk luar bandar merupakan satu kenangan yang tidak mungkin dilupakan. "Saya juga sempat singgah ke beberapa masjid untuk menunaikan solat. Terharu dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk kampung. Saya dapat bantuan di rumah Allah ketika dalam keadaan sakit. "Bagi saya larian ini juga mendekatkan diri saya dengan Allah. Mungkin sebelum ini ada yang katakan saya 'sesat', namun larian ini memberi satu hikmah buat saya," ujarnya. Pablo berdepan pelbagai dugaan sepanjang menamatkan larian. Sementara itu, Pablo berkata dia terbuka untuk melakukan perkara sama di masa akan datang jika diberikan peluang. "Saya ini bukan atlit, jadi apa yang dibuat adalah satu pencapaian buat saya. "Saya juga tiada masalah untuk buat sekali lagi tetapi bukan dalam masa terdekat. Saya harus kembali ke lokasi jalani tugas hakiki," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!