suria

Tak guna ‘kabel’ masuk Indonesia, Anna Jobling bagi hint bakal bekerjasama dengan aktres terkenal seberang

Anna semakin dikenali di Indonesia.

KEJAYAANNYA menempa nama di Indonesia bukanlah disebabkan kroni atau individu berpengaruh, sebaliknya pelakon Anna Jobling berkata ia hasil usaha gigih yang dilakukan olehnya sendiri.

Menurut Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling, 24, pembabitannya dalam dua filem terbaharu di Indonesia berjudul Lembayung dan Laut Tengah itu adalah hasil daripada berkat kesungguhan dan dedikasinya terhadap kerjaya seni.

"Saya bersyukur atas penerimaan positif daripada penonton Indonesia. Ini satu pengiktirafan atas kerja keras selepas berulang alik Malaysia dan Indonesia selama hampir setahun membina nama.

Filem Indonesia terbaharu lakonan Anna berjudul Lembayung.

Filem Indonesia terbaharu lakonan Anna berjudul Lembayung.

"Saya percaya, tanpa usaha kita tidak akan dapat mencapai apa yang kita impikan. Ini adalah bukti bahawa kerja keras tidak akan mengkhianati hasil.

“Saya mencari peluang di sana sendiri bersama pihak pengurusan saya dengan menghadiri uji bakat. Selain itu, rakan-rakan selebriti di sana juga banyak memberi tunjuk ajar mengenai selok-belok menempa nama di Indonesia,” katanya.

Dalam pada itu, Anna turut meluahkan rasa syukur kerana peluang yang diberi oleh produksi filem di Indonesia telah membuka pintu lebih luas untuk menjalinkan kerjasama dengan pelakon luar.

ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling makin laris di Indonesia, terima tiga lagi tawaran filem selepas ‘Lembayung’

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya sehari buat uji bakat, Baim Wong pilih Anna Jobling berlakon filem ‘Lembayung‘

Tambahnya lagi, dia bakal membuat kejutan dengan mengumumkan kerjasama terbaharu bersama pelakon wanita Indonesia yang cukup dikenali ramai.

Kata Anna, dia berharap kerjasama dengan pelakon terkenal itu bakal membawa dimensi baharu dalam kerjaya lakonannya.

"Saya sangat teruja untuk mengumumkan filem ketiga saya di Indonesia tidak lama lagi. Ini adalah projek yang sangat istimewa buat saya.

“Tak sangka saya menerima pelawaan daripada selebriti wanita ini. Saya berbesar hati diberi peluang untuk bekerjasama dengannya,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain