suria

Patah hidung ketika ‘sparring’ taekwondo, Fadlan Hazim belajar seni bela diri sejak usia 5 tahun

Fadlan mula menceburi sukan seni bela diri taekwondo seawal usia lima tahun.

PELAKON Fadlan Hazim pernah mengalami kecederaan serta patah tulang hidung sebanyak dua kali dan salah satunya ketika bertanding dalam acara sukan taekwondo semasa zaman persekolahan.

Fadlan atau Fadlan Hazim Anuwar, 32, bagaimanapun berkata dia tidak serik untuk meneruskan minat terhadap dunia seni bela diri ini kerana sukan berkenaan mengajarnya menjaga individu berdisiplin.

"Setakat ini, saya pernah patah hidung dua kali, satu masa bermain bola keranjang dan satu lagi ketika bersaing acara sukan taekwondo masa tingkatan tiga.

size NP 1 - 2024-10-01T190637.121

Fadlan aktif dalam mengamalkan seni pertahankan diri.

"Selepas itu ada buat pembedahan namun saya tak serik sebab seni pertahankan diri ini bukan untuk bergaduh tapi mengajar saya erti disiplin," katanya kepada mStar.

Bercerita lanjut mengenai minatnya itu, Fadlan memberitahu dia mula belajar seni mempertahankan diri seawal usia lima tahun.

Malah aktor itu berkata separuh daripada hidupnya dipenuhi aktiviti dan sukan mempertahankan diri.

"Saya mula belajar taekwondo sejak umur lima tahun. Separuh hidup saya memang banyak praktis seni pertahankan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Fadlan Hazim sudah sedia bergelar bapa, mahu dua orang cahaya mata

ARTIKEL BERKAITAN: Jalan atas paku dan minum susu kuda ujian ketika meminang, Fadlan Hazim kini tunang wanita Kazakhstan

"Dalam bidang lakonan pun sama sebab saya banyak melakonkan filem aksi," jelasnya.

Sementara itu, pelakon filem Seratus itu juga menganggap seni mempertahankan diri mampu mengawal sifat negatif seseorang daripada melakukan perkara buruk.

"Sebenarnya seni pertahankan diri bukan sekadar untuk keselamatan diri tetapi boleh menjauhkan daripada buat benda merepek.

"Selain lebih berdisiplin, kalau ada masalah depresi atau panas baran, ia mengajar kita cara mengawal perkara itu," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain