suria

Jelajah Suria Kuasa 2 di Nilai meriah dihadiri 10,000 pengunjung, Kelantan lokasi terakhir

Jelajah selama dua hari itu disambut baik 10,000 pengunjung.

JELAJAH Suria Kuasa 2 Yaya Empire yang berlangsung di Nilai, Negeri Sembilan pada Sabtu dan Ahad lalu berjaya menarik kehadiran lebih 10,000 pengunjung.

Pengurus Besar Suria FM iaitu Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin meluahkan rasa syukur terhadap sokongan pelbagai pihak yang menjayakan program berkenaan.

"Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua pendengar yang menyokong kami di Suria FM dan hadir sepanjang dua hari jelajah berlangsung.

Aisha dan Ruffegde adalah antara selebriti yang memeriahkan program.

Aisha dan Ruffegde adalah antara selebriti yang memeriahkan program.

"Juga terima kasih kepada semua barisan artis yang memberikan persembahan terbaik selain sokongan dalam acara yang diadakan termasuk pertandingan KiraOke Suria," katanya.

Selain kehadiran penyampai Suria FM, program yang berlangsung selama dua hari turut meriah dengan kahadiran selebriti tanah air termasuk Masdo, Aisha Retno, Ezad Lazim, Duffedge dan Baby Shima.

Bakal membawa kelainan, DJ Lin memberitahu jelajah kali ini turut menampilkan persembahan dikir menerusi pertandingan nyanyian lagu dialek Kelantan.

"Kesinambungannya akan dijalankan di jelajah Kota Bharu pada Oktober ini dengan pertandingan nyanyian lagu dialek Kelantan menampilkan 10 peserta.

ARTIKEL BERKAITAN: Siri Jelajah Suria 2023 buat kelainan, tampil artis-artis era 80-an hiburkan penonton

ARTIKEL BERKAITAN: Meriah! Ribuan peminat hadir ‘Konsert Jelajah Suria’ di Kuantan, datang awal semata-mata mahu duduk depan pentas

"Kesemua mereka berpeluang merebut hadiah wang tunai tajaan Yaya Empire di mana empat akan bersaing di peringkat final," ujarnya.

Pertandingan tersebut dijadualkan berlangsung di Kota Bharu, Kelantan sebagai lokasi terakhir Jelajah Suria Kuasa 2 pada 11 dan 12 Oktober depan.

Bukan itu sahaja, program tersebut dijangka hangat dengan kahadiran artis seperti Floor 88, Afieq Shazwan, Baggio Damasutra, Poey Stings dan Sri Budi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain