suria

Anak sambung belajar di UiTM, Zarina Zainuddin sedih berjauhan teringat waktu makan

Zarina tidak dapat menahan rasa rindu terpaksa berpisah dengan Adam.

PELAKON Zarina Zainuddin tidak mampu menahan kerinduan kerana terpaksa berpisah dengan anak bongsunya iaitu Muhammad Adam Azrai yang kini melanjutkan pengajian di UiTM Tapah, Perak.

Zarina atau Nur Zarina Mohd Zainuddin, 54, berkata ketiadaan Adam cukup dirasai terutamanya setiap kali waktu menikmati makan malam bersama keluarga.

"Adam tak ada malam ini terasa sangat, selalu dia yang akan turun bawah tanya ibu masak apa untuk dinner.

Copy of Untitled - 2024-10-01T135759.126

Zarina sanggup menghantar makanan buat anaknya.

“Ibu malam ni nak makan apa? Ibu boleh masak ini tak? Ibu dah rindu," katanya menerusi hantaran di Instagram.

Berserta kapsyen tersebut, Zarina memuat naik video dia memasak beberapa hidangan.

Dalam pada itu, pelakon itu turut meluahkan kembimbangan melihat Adam tidak sempat menjamah makanan dek kesibukan jadual sebagai pelajar.

Malah, Zarina berkata jika diikutkan rasa hati dia sanggup memandu beratus kilometer ke kampus anaknya semata-mata untuk menghantar makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bangga Zarina Zainuddin anak dapat keputusan SPM 6A... “Ibu tak pandai biarlah anak pandai”

ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Zainuddin terkejut dapat tahu anak ada sebelah buah pinggang sahaja, doktor kesan ketumbuhan di perut

"Dia cakap dia punya sibuk sampai ke petang kat kampus, dia bagi tahu tak sempat makan.

"Kalau boleh saya nak memandu hantar makanan kat dia di Perak. Risau saya anak bila anak jauh-jauh macam ini," jelasnya.

Sebelum ini, Zarina meluahkan rasa syukur apabila Adam berjaya memperoleh keputusan 6A dalam Siji Pelajaran Malaysia (SPM).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain