PENGACARA dan penyampai radio Faizal Ismail pernah menjadikan rakan hos sebagai bahan jenaka ketika mengacarakan Anugerah Juara Lagu (AJL) suatu ketika dahulu. Faizal atau Mohd Faizal Ismail, 48, bagaimanapun berkata, semua bahan gurauan yang dilakukan di atas pentas bersama rakan gandingan iaitu Cheryl Samad dan Ally Iskandar sudah pun dirancang terlebih dahulu. Hal itu bagi mengelakkan berlaku sebarang salah faham agar tiada pihak berkecil hati dengan gurauan dibuat. "Zaman saya berada di pentas mengacarakan AJL, pada masa itu kita pun ada juga 'membahan' sesama saya, Cheryl dan Ally tetapi semuanya sudah dirancang maknanya setakat mana mereka boleh terima (gurauan). Faizal mengimbau kenangan mengacarakan program AJL. "Jadi apa berlaku di atas pentas masing-masing gembira dan tiada masalah tetapi saya lihat dalam keadaan sekarang ada pihak yang tak puas hati. "Mungkin mereka menggunakan platform itu untuk menyindir atau sekadar hanya mahu bergurau. "Bila dua-dua pihak tidak berada di tempat sama, boleh jadi satu lagi pihak itu berkecil hati dan tak boleh terima gurauan itu. Kita tak boleh salahkan dia juga," katanya kepada mStar. Faizal berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media program Borak SeeNI yang diadakan di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: "Isteri saya masih satu" - Faizal Ismail nafi berpoligami, dakwa ada pihak cuba jatuhkan nama ARTIKEL BERKAITAN: Setahun Faizal Ismail belajar ilmu agama, bukan senang nak dapat tauliah mengajar Dalam pada itu, Faizal turut memberikan pandangannya mengenai rakan pengacara yang mungkin menjadikan 'pertengkaran' di atas pentas sebagai publisiti untuk meraih perhatian penonton. Kata Faizal, perkara itu mungkin mendatangkan risiko kepada pengacara berkenaan yang akhirnya menerima impak negatif dan kecaman daripada netizen. "Bagi saya, sekiranya kontroversi ini dirancang dan dua-dua pihak bersetuju untuk publisiti ia akan menimbulkan risko di mana satu pihak akan dipandang baik dan pihak lagi satu akan dipandang keji. Mungkin mereka menggunakan platform itu untuk menyindir atau sekadar hanya mahu bergurau. FAIZAL ISMAIL PENGACARA/PENYAMPAI RADIO "Netizen tidak faham kerana mereka akan menyebelahi kepada siapa mereka mahukan. "Saya rasa yang akan menjadi risiko adalah hos lama kerana hos baru tengah meningkat naik pasti yang lama akan menjadi bahan kecaman," ujarnya. Faizal bagaimanapun menasihati rakan artis menunjukkan contoh baik kerana mereka sering dijadikan rujukan masyarakat. Faizal menasihati rakan artis untuk menunjukkan contoh terbaik. Tambahnya lagi, selebriti turut memainkan peranan penting kepada masyarakat untuk dijadikan contoh teladan yang baik kepada orang ramai. "Sebagai seorang selebriti kita kena tunjukkan contoh baik kerana sering dijadikan rujukan. Ada orang memandang kita sebagai idola terutamanya dalam kalangan golongan muda. "Jangan rasa peranan selebriti itu tidak penting. Jadi saya minta hanya paparkan sesuatu yang memberi manfaat kepada masyarakat. "Itu sahaja saya minta. Saya tahu semua orang ada sisi tidak baik tetapi janganlah ditonjolkan atau diwar-warkan kepada umum," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube