suria

Impian jadi srikandi terlaksana, peminat kagum tengok Siti Nurhaliza buat babak aksi... Belajar bertarung di lokasi penggambaran

Siti mempamerkan aski cukup meyakinkan.

AKSI tangkas dan lincah penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika menjalani penggambaran muzik video (MV) single terbaharunya berjudul Magis mencuri perhatian peminat.

Mana tidaknya, aksi Siti, 45, yang lincah dan tangkas dalam MV tersebut sudah cukup membuatkan peminat terpaku dengan kebolehannya melakonkan babak aksi.

Rupa-rupanya, watak sebagai Srikandi yang dipegang penyanyi berkenaan dalam MV tersebut sebenarnya merupakan impian Siti sejak sekian lama.

siti 3

Siti belajar berlakon babak aksi di lokasi.

Malah Siti juga berpuas hati apabila hasil kerja semua pihak terlibat dapat merialisasikan bayangan dimahukan.

"Terima kasih semua yang terlibat menjadikan MV ini lebih menarik dan mengikut kehendak dan impian saya.

"Memang impian saya untuk melakonkan aksi srikandi," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza berharap ada kesempatan lihat anak-anak naik pelamin, doa bertemu jodoh baik

ARTIKEL BERKAITAN: Guna suara AI perdaya mangsa, Siti Nurhaliza tak pernah tawar hadiah wang tunai

Siti berkongsi keterujaannya itu menerusi Instagram miliknya berserta rakaman pendek ketika penggambaran sedang berjalan.

Apa lebih menarik, MV itu turut menampilkan pelakon Fadlan Hazim.

Dalam perkongsian tersebut, Siti dilihat memakai busana ala pahlawan wanita dilihat cukup tangkas dalam melakukan gerakan seni mempertahankan diri sambil memegang busur panah.

siti 1

Siti pamer aksi seni mempertahankan diri dalam MV Magis.

Cerita Siti, dia hanya sempat berlatih dan belajar melakukan babak aksi ketika di lokasi dalam tempoh singkat

"Saya belajar step bertarung di lokasi dan syukur dapat laksanakan yang terbaik dalam masa ditetapkan.

"Semoga MV ini dapat diterima baik," ujarnya.

Magis turut dijadikan runut bunyi (OST) drama terbaharu berjudul Hikayat Bawang Putih Bawang Merah untuk tayangan saluran Astro Ceria.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain