suria

Pemuda autistik miliki PhD mengaku termuntah lihat Baby Shima bergelek 

Arif geli melihat aksi Shima bergelek kerana masalah deria yang dihidapi.

AKSI bergelek penyanyi Baby Shima mungkin disukai segelintir lelaki namun lain pula ceritanya dengan seorang individu autistik dikenali sebagai Arif.

Menurut Arif atau Nur Arif Jasmin, 32, dia tidak dapat menahan rasa geli setiap kali melihat video Shima berjoget kerana masalah deria dihidapinya.

Bahkah dia mengakui pernah berasa mual sehingga termuntah dek melihat kelincahan penyanyi itu.

Copy of Untitled - 2024-10-04T163823.342

Arif tidak dapat menahan rasa mual dek terbayangkan Shima.

"Baby Shima itu cantik, tapi bila dia gelek-gelek itu tak cantiklah.

"Saya geli sebab tengok punggung dia bergoyang-goyang. Kalau buka TikTok dan nampak video dia bergelek-gelek buat saya nak muntah.

"Tapi pelik sebab ramai lelaki yang tengok, kenapa lelaki lain tengok mereka tak muntah?" katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Respek! Pelajar PHD hidap autisme tulis buku tentang agama, niat murni bantu rakan senasib

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya gelek sebab nyanyi dangdut”... Baby Shima cemburu artis lain pakai seksi dipuji, netizen tak adil

Arif yang juga pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang al-Quran dan Sunnah berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung di TikTok.

Pada pertengahan video siaran langsung berkenaan, Arif dilihat tiba-tiba menekup mulutnya dan terus bergegas ke tandas.

Tidak mampu mengawal rasa mualnya, Arif memberitahu dia benar-benar muntah kerana terbayangkan aksi Shima.

553 (30)

Netizen menasihati Shima agar lebih berhati-hati memuat naik kandungan di media sosial.

"Maaf saya termuntah sebab geli sikit tapi tak sengaja sebab TikTok itu yang tunjuk. Saya dah biasa muntah, ia dah jadi sebahagian dari hidup," ujarnya.

Sementara itu, tindakan spontan anak istimewa itu mengundang rasa geli hati dalam kalangan netizen.

Malah ada menegur penyanyi itu agar lebih berhati-hati dalam memuat naik video di media sosial agar tidak melampaui batas.

Sekadar info, masalah sensori atau Sensory Processiong Disorder (SDP) merupakan keadaan di mana otak mempunyai kesukaran mentafsir maklumat diterima melalui deria.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain