LEBIH setahun tidak terlibat dengan sebarang penggambaran, pelakon Aniq Suhair akur jika peminat semakin melupakan kehadirannya dalam industri seni. Memilih berehat panjang, bagi Aniq atau Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 24, keputusan memberi fokus kepada pengajian adalah terbaik buatnya ketika ini. "Rezeki itu dari Allah... Saya tiada rasa bimbang kalau orang sudah lupakan nama saya. Jika betul pun orang lupa, saya tidak boleh buat apa-apa. Aniq lebih utamakan pelajaran. "Dalam setiap apa yang kita buat perlukan pengorbanan. Syukur kerjaya lakonan semakin baik tapi saya pilih untuk berehat. "Saya buat keputusan itu sebab mahu fokus kepada pelajaran yang sudah lama tertangguh," katanya ketika dihubungi mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Aniq Suhair dalam tempoh berehat, sudah tidak terganggu kontroversi hamilkan wanita ARTIKEL BERKAITAN: Aniq Suhair minta padam fotonya tidak menutup aurat, dalam fasa perbaiki diri... “Tak sedar kita hampir di penghujung” Kali terakhir Aniq menjalani penggambaran adalah menerusi drama Cinta Bersemi di Wadi Saffiyah tahun lalu. Drama berkenaan sudah pun ditayangkan pada Februari 2024. Sudah setahun tidak berlakon bukan sebab tiada job atau sendu ANIQ SUHAIR PELAKON Ketika ini, Aniq sedang mengikuti pengajian sarjana muda secara separuh masa dalam bidang Perniagaan Antarabangsa di sebuah pusat pengajian tinggi swasta di Kuala Lumpur. Masih menerima tawaran, pelakon ini bagaimanapun melalui pihak pengurusan menolak secara baik agar tidak timbul salah faham daripada mana-mana pihak. "Insya-Allah setelah selesai belajar nanti, saya akan kembali aktif berlakon tetapi buat masa sekarang fokus saya pada perkara yang lebih penting," ujarnya. Lebih setahun Aniq tidak terlibat dengan penggambaran drama. Bagaimanapun kata Aniq, walaupun tidak berlakon namun dia masih terbuka menerima tawaran kempen produk selain turut melibatkan diri dalam bisnes. "Berlakon dan belajar perlukan komitmen tinggi... bukan tak mampu buat dua kerja dalam satu masa cuma saya tak mahu pelajaran terganggu. "Jika berlakon melibatkan masa dan komitmen tinggi terhadap sesuatu naskhah. Kalau boleh saya nak tamatkan pengajian dalam masa ditetapkan," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!