PELBAGAI andaian mula timbul selepas pelakon Zara Zya berkongsi kisah mistik dilaluinya sebelum ini termasuk ada mendakwa dia menyimpan ‘barang’ yang boleh dikaitkan dengan gangguan tersebut. Menafikan dakwaan berkenaan, Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 39, sebaliknya memberitahu ia bukan seperti apa disangka. "Saya tidak pernah menyimpan apa-apa barang seperti yang dikatakan," jelasnya. Zara harap hentikan spekulasi tentang dirinya. Zara menulis perkara tersebut di laman Threads miliknya pada Jumaat. Penjelasan tersebut dibuat selepas seorang pengikut di platform berkenaan mencadangkan Zara membuang beberapa jenis barang yang dikatakan menjadi punca kepada gangguan mistik. Dua barang yang disebut oleh individu berkenaan adalah dalam bentuk pakaian dan pinggan mangkuk. ARTIKEL BERKAITAN: Zara Zya dituduh cuba rampas suami orang, anggap individu tabur fitnah tak sihat ARTIKEL BERKAITAN: Doktor kesan pelbagai masalah kesihatan, Zara Zya bakal jalani pembedahan Malah dia juga mendakwa mendapat 'ilham' bahawa Zara menyimpan botol lama sehingga boleh menyebabkan berlaku perkara tidak diingini. Bimbang kenytaan sebegini boleh menimbulkan fitnah, Zara berharap tidak timbul sebarang spekulasi selepas dia mendedahkan kisah yang pernah dialami. "Komen sebegini menyedihkan saya kerana boleh mengundang pelbagai spekulasi dan juga fitnah. Janganlah semua terlalu taksub seperti ini. Peminat prihatin selepas Zara berkongsi pengalaman mistik sendiri. "Sakit ini bukan sehari dua. Lebih 10 tahun dan sudah semestinya saya pergi berubat. Tak perlu buat andaian dan tak perlu berfikir teruk. "Saya pun dah semakin membaik dengan izin Allah," jelasnya. Sebelum ini Zara pernah tampil sebagai tetamu dalam sebuah rancangan podcast yang berkongsi kisah seram dalam kalangan selebriti. Salah satu cerita yang menjadi bualan ramai adalah suara Zara yang secara tiba-tiba bertukar garau apabila dia menyebut perkataan iblis. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!