suria

Fadlan Hazim puji lakonan, gerakan aksi Siti Nurhaliza macam profesional... “Kalau tertendang satu Malaysia serang”

Fadlan kagum melihat ketangkasan Siti.

PELAKON Fadlan Hazim menyifatkan penglibatan dalam muzik video terbaharu penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Magis sebagai satu pengalaman tidak dapat dilupakan.

Mempunyai asas dalam lakonan babak aksi, Fadlan atau Fadlan Hazim Anuwar, 32, memuji ketangkasan penyanyi tersebut kerana mampu melakukan pergerakan dalam seni mempertahankan diri.

"Pengalaman berharga dapat berlawan dengan Datuk Siti.

fadlan 2

Fadlan dan Siti bergandingan dalam MV lagu Magis.

"Tok Ti (panggilan Siti) punya pergerakan memang hebat," katanya.

Fadlan memuat naik salah satu babak mereka berlawan di TikTok di mana Siti memegang watak sebagai seorang pahlawan wanita yang cuba mempertahankan diri.

Tidak menggunakan khidmat pelakon lagak ngeri, Siti juga tidak kekok melakonkan babak aksi sambil memegang busur panah.

ARTIKEL BERKAITAN: Patah hidung ketika ‘sparring’ taekwondo, Fadlan Hazim belajar seni bela diri sejak usia 5 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Impian jadi srikandi terlaksana, peminat kagum tengok Siti Nurhaliza buat babak aksi... Belajar bertarung di lokasi penggambaran

Sementara itu, Fadlan sempat bergurau dia bakal menerima kecaman hebat netizen sekiranya tersilap langkah dan mendatangkan kecederaan kepada Siti.

"Kalau tertendang Tok Ti, pasti satu Malaysia serang aku. Jangan risau sebab saya dah biasa buat gerakan aksi," ujarnya.

siti 2

Siti memberi aksi terbaik menjayakan MV Magis.

Pelakon ini sempat berkongsi fakta menarik dia juga pernah terlibat sebagai penari latar bagi persembahan Siti sebelum ini.

Lagu Magis itu merupakan runut bunyi (OST) drama terbaharu berjudul Hikayat Bawang Putih Bawang Merah untuk tayangan saluran Astro Ceria.

Siti sebelum itu turut berkongsi pengalaman di lokasi penggambaran dan memberitahu hanya sempat belajar pergerakan aksi sebelum memulakan rakaman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain