SELEPAS empat hari menerima rawatan akibat terkena jangkitan denggi, pelakon Datuk Remy Ishak akhirnya dibenarkan pulang. Kata Remy atau Mohamad Zalimei Ishak, 42, ini merupakan tempoh paling lama dia dimasukkan ke hospital akibat sakit. Aktor ini juga memberitahu dia tidak sabar untuk bertemu anak lelakinya iaitu Tuah Alam apabila dibenarkan pulang ke rumah. Remy berkongsi perkembangan lepas empat hari menerima rawatan. "Lama kali ini saya check-in. Perkara pertama nak buat adalah jumpa anak saya Tuah," katanya. Remy berkongsi perkara tersebut di Instastory miliknya pada Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Remy Ishak terima gelaran Datuk, Ashraf Muslim pula dapat pingat Bintang Khidmat Terpuji ARTIKEL BERKAITAN: Bukan publisiti murahan, isteri ‘back up’ Remy Ishak tindik hidung Difahamkan pelakon berkenaan mula menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur sejak Rabu. Atas nasihat doktor, Remy perlu mengambil tempoh rehat buat seketika. Malah dia juga terpaksa menangguh untuk ke lokasi penggambaran sebuah drama sehingga keadaan stabil. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!